36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Jangan buat tuduhan terhadap UMNO – Annuar ingatkan Bersatu

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa mengingatkan pemimpin Bersatu agar tidak membuat kenyataan berunsur tuduhan terhadap UMNO yang didakwa memiliki akaun rahsia yang tidak diaudit.

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu berkata, tindakan pemimpin Bersatu itu itu tidak membawa sebarang kebaikan kerana akaun rahsia yang didakwa itu adalah di luar pengetahuannya, walaupun sudah lebih 20 tahun berada dalam kepimpinan tertinggi parti.

“Akaun sulit UMNO? Pemimpin PPBM atau parti lain tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan bersifat tuduhan.

“Ia tidak membawa kebaikan. Lebih 20 tahun saya sebagai (anggota) MT UMNO. UMNO tidak pernah buat keputusan membuka akaun rahsia atau sulit,” katanya dalam ciapan melalui Twitternya.

Isu akaun rahsia UMNO mula diperkatakan apabila pihak pendakwaan dalam kes pelucutan hak berkaitan 1MDB terhadapi Obyu Holdings mendakwa parti itu memiliki akaun bank rahsia yang mengandungi wang tunai tidak diaudit dengan tujuan menerima sumbangan politik.

Annuar membuat teguran itu selepas Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Muhammad Faiz Na’aman menggesa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) menjalankan siasatan jika dakwaan itu benar.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan berkata, pemimpin UMNO pada masa lalu mungkin lebih tahu mengenai dakwaan kewujudan akaun bank rahsia yang melibatkan parti itu.

Shahril berkata, pemimpin yang mungkin lebih tahu adalah Dr. Mahathir Mohamad, yang merupakan Presiden parti ketika akaun itu didakwa dibuka pada tahun 1988.

“Setakat saya tahu, tak ada akaun seperti itu dalam UMNO. Oleh itu, apa sahaja akaun yang ada sejak 1988, mungkin presiden pada tahun 1988 (Mahathir) dapat membantu menjelaskan kerana dia nampaknya paling tahu mengenai perkara itu,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan