29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Messi lelong but pecah rekod bantu kanak-kanak pesakit kanser

Mesti Baca

BARCELONA – Lionel Messi telah mendermakan sepasang but yang dipakainya semasa memecah rekod dunia dengan menjaringkan gol ke-644 sepanjang kerjayanya bersama kelab yang sama untuk meraih dana bagi merawat kanak-kanak yang menghidap kanser.

Memetik laporan Mirror, bintang Barcelona yang berhati mulia itu mahu memanfaatkan kejayaan ikoniknya untuk menyumbang kembali kepada kanak-kanak terbabit.

Messi menjaringkan gol pemecah rekod dalam perlawanan menentang Real Valladolid pada Disember lalu.

Beliau mengatasi rekod jaringan gol terbanyak ketika bersama sebuah kelab yang sebelum ini dipegang legenda bola sepak dunia, Pele selama 46 tahun.

Walau bagaimanapun, Pele dan kelab lamanya, Santos mempertikaikan rekod tersebut.

Mereka mendakwa Pele yang pernah tiga kali menjulang Piala Dunia menjaringkan lebih 1,000 gol ketika beraksi di peringkat kelab.

Secara rasminya, rekod itu menjadi milik Messi yang pernah menerima anugera Ballon d’Or sebanyak enam kali.

Sepasang but yang dipakainya ketika memecahkan rekod tersebut pada masa ini dipamerkan di Museu Nacional d’Art de Catalunya di Barcelona.

But berkenaan akan berada di sana selama sebulan lagi sebelum dilelong pada bulan April untuk meraih dana bagi program muzium tersebut yang bertujuan membantu kanak-kanak yang menghidap kanser serta keluarga mereka.

rekod
But pecah rekod milik Messi dipamerkan di Museu Nacional d’Art de Catalunya, Barcelona sehingga Mac. Gambar: Instagram Adidas

Messi berkata, kejayaan memecahkan rekod Pele memang sesuatu yang menyeronokan.

Advertisements

Namun, bintang berusia 33 tahun itu menegaskan bahawa usaha membantu kanak-kanak mengharungi penyakit yang dihidapi mereka adalah lebih penting.

“Pencapaian bersejarah menjaringkan 644 gol untuk kelab yang sama menjadikan saya gembira.

“Tetapi apa yang lebih penting adalah dapat menyumbang kembali kepada kanak-kanak yang sedang bertarung dengan penyakit yang mereka hidapi.

“Kami berharap acara lelong pada April ini akan meningkatkan kesedaran terhadap usaha yang besar ini,” jelasnya.

Berikutan pencapaian itu, Adidas yang menaja Messi menyatakan penghargaan kepada bintang Argentina itu yang beraksi sepanjang kerjaya profesionalnya bersama Barcelona.

“Dari jalanan di Rosario ke stadium gergasi di Barcelona.

“Dari seorang kanak-kanak lelaki berusia 33 tahun yang bercita-cita besar ke kapten pasukan berusia 33 tahun, mendefinisikan semula kehebatan. Dari jaringan gol pertama sebagai pemain profesional ke jaringan gol ke-644 dan memecahkan rekod yang dipegang selama 46 tahun.

“Tahun demi tahun, gol demi gol @leomessi terus mencipta sejarah. Memulakan perjalanannya sebagai pemain muda berbakat, beliau akan meninggalkan dunia bola sepak sebagai pemain teragung.

“Lagipun, rekod sememangnya untuk dipecahkan,” kata Adidas melalui Instagram.

Santos sebelum ini menyatakan bahawa 448 gol yang dijaringkan Pele dalam perlawanan persahabatan sepatutnya diambil kira dalam rekod.

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan