24.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 8, 2021

KMJ: Rakyat Johor ‘merindui’ Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota

Must Read

Covid-19 menghalang baginda menjelajah negeri menerusi Kembara Mahkota Johor

WABAK Covid-19 yang melanda dunia sejak setahun lalu membantutkan banyak aktiviti untuk dilakukan. Malahan ada sektor-sektor pekerjaan yang masih tidak dibenar beroperasi.

Rakyat semakin derita dengan kadar pengangguran semakin meningkat. Dalam keadaan sebegini, rakyat negeri Johor amat merindui kehadiran Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan anakanda, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail.

Masakan tidak, jika sebelum ini baginda dan Tunku Ismail dapat menjelajah ke seluruh pelosok negeri untuk melihat sendiri keadaan rakyat jelata menerusi Kembara Mahkota Johor (KMJ), namun itu semua tidak dapat dilakukan lagi ekoran Covid-19 yang melanda.

KMJ yang ideanya dicetuskan oleh Sultan Ibrahim ketika baginda sebagai Tunku Mahkota Johor bagi memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

Kembara itu telah bermula sejak 2002 dan hampir setiap tahun baginda bersama anakanda-anakanda baginda menjelajah dengan pelbagai jenis kenderaan ke setiap daerah dan pulau di negeri itu. Kali terakhir KMJ diadakan pada 2019.

Itulah cara baginda mendekatkan diri dengan rakyat dan tradisi itu diteruskan sehingga hari ini, cuma dalam suasana Covid-19 ini, KMJ tidak lagi dapat dijalankan.

Seorang rakyat Johor, Hainie Ahmad berkata, setiap tahun dia bersama keluarga sentiasa menanti kehadiran baginda bersama rombongan diraja di Muar, namun suasana itu tidak dapat dirasai lagi ekoran wabak penyakit tersebut.

“KMJ mendekatkan baginda dengan rakyat jelata dan kami rakyat pun berpeluang menatap sultan kesayangan kami dengan dekat. Namun itu semua tiada lagi selepas Covid-19 melanda,” katanya kepada Edisi 9 baru-baru ini.

Walaupun KMJ tidak dapat dilakukan tetapi sebenarnya baginda dan Tunku Mahkota Johor tidak pernah melupakan nasib rakyat.

Atas sebab itu, baginda hampir setiap hari mengurniakan sumbangan kepada segenap lapisan rakyat negeri. Jika tidak bertemu sendiri, baginda berdua akan mewakilkan kepada pihak-pihak tertentu untuk menyampaikannya.

Misalnya, baru-baru ini TMJ menerima kunjungan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew dan melalui beliau, Tunku Ismail tetap menitip kurniaan untuk disumbangkan kepada rakyat.

Kurniaan demi kurniaan yang tidak terperi banyak itu datangnya dari peruntukan peribadi baginda dan bukannya wang kerajaan. Itulah yang menyebabkan rakyat Johor amat bersyukur mempunyai sultan dan Tunku Mahkota yang berjiwa rakyat.

Jika dilihat daripada kemas kini menerusi media sosial terutama Facebook baginda dan Tunku Ismail, kedua-duanya tidak putus-putus mencemar duli menerima kehadiran rakyat di istana.

Kehadiran mereka disambut dengan penuh mesra dan setiap kali pulang, ada sahaja kurniaan yang dihulurkan kepada mereka yang datang dari pelbagai golongan rakyat.

Ini menunjukkan bahawa walaupun Sultan Johor dan TMJ tidak dapat menjelajah negeri Johor menerusi KMJ namun baginda berdua tetap berusaha mendekati rakyat, dan membantu mereka dalam segala bidang. – Edisi 9

Latest News

Rakyat risau Covid, dia pula asyik Najib, Najib, Najib…

CYBERJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak membidas Tun Dr Mahathir Mohamad kerana terus menerus bercakap soal beliau walaupun...

More Articles Like This