25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

TV AlHijrah bakal siar Kelas KAFA TVAH setiap hari

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – TV AlHijrah (TVAH) akan menayangkan kelas Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA)  TVAH bagi mengatasi permasalahan kelas dalam talian bagi murid dan pelajar sekolah terutama kepada keluarga  (B40) yang mempunyai capaian internet yang terhad.

Ketua Pegawai Eksekutif Al Hijrah Media Corporation, Namanzee Harris tanpa mendedahkan tarikh sebenar program itu berkata, menerusi tayangan tersebut, murid dan pelajar boleh tonton rancangan kelas KAFA pada setiap hari selama setengah jam.

Menurutnya, siaran ulangan juga ditayangkan pada hari sama bagi subjek tersebut.

“Kelas KAFA TVAH akan ditayangkan dari  Isnin hingga Ahad pada pukul 4.30 petang dengan siaran ulangan hari sama pada pukul 630 petang,” katanya menerusi hantaran Facebook beliau hari ini.

Namanzee berkata, subjek yang disiarkan adalah mengikut hari-hari tertentu.

Menurutnya, pada hari Isnin adalah bagi subjek Akidah dan Ibadah; Selasa Sirah;Rabu Jawi dan Khat manakalaKhamis bagi subjek Adab.

“Jumaat pula Lughatul Quran; Sabtu penghayatan cara hidup Islam danAhad amali solat  dan bidang Quran.

“Doakan usaha kami. InsyaAllah,” tambahnya.

Beliau mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Zulkifli Mohamad al-Bakri bahawa TV AlHijrah dengan kerjasama Jakim dan JAWI akan memperkenalkan slot Kelas KAFA TVAH pada setiap hari.

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan