32.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Mahdzir gesa kerajaan lanjut operasi restoran hingga 10 malam

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa supaya melanjutkan waktu operasi restoran dan kedai makan yang tertakluk di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga pukul 10 malam.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam satu kenyataan berkata, kelonggaran waktu operasi sektor ekonomi itu akan memberi pelbagai kesan positif kepada pelbagai pihak. 

Kerajaan katanya, wajar mempertimbangkan cadangan itu kerana syarat penutupan operasi restoran dan kedai makan seawal pukul 8 malam telah menyukarkan banyak pihak.

“Saya berpandangan bahawa ada kewajaran untuk kerajaan mengkaji semula syarat itu yang sememangnya agak menyukarkan banyak pihak. 

“Saya memahami peningkatan kes Covid-19 ketika ini amat membimbangkan, tetapi saya yakin dengan pematuhan SOP yang ketat oleh semua pihak, kita dapat mengelakkan restoran dan kedai makan menjadi kluster jangkitan Covid-19 kerana mereka hanya menjual secara tempahan dan dihantar oleh pekerja penghantaran”, kata Mahdzir, hari ini.


Jelas ahli Parlimen Padang Terap itu, penutupan restoran dan kedai makan seawal pukul 8 malam menyebabkan orang ramai terutama yang baru pulang dari bekerja, tidak sempat untuk membeli juadah makan malam.

Selain itu katanya, pendapatan bagi pekerja penghantaran juga susut mendadak kerana kekurangan tempahan yang diterima daripada pelanggan yang tidak sempat membeli makanan selepas pukul 8 malam.

“Ini juga berkait dengan ekonomi rakyat, pembekal bahan mentah makanan, peniaga, pemilik restoran dan kedai makan terjejas, pendapatan pekerja penghantaran terjejas kerana bagi saya waktu antara 8 malam hingga 10 malam itu adalah waktu perdana bagi orang ramai untuk mendapatkan makanan untuk makan malam,” jelas beliau.

Mahdzir memberitahu, kelonggaran tambahan had waktu operasi selama dua jam itu akan memberi impak yang besar kepada rantaian ekonomi negara secara keseluruhannya.

“Berilah sedikit pertimbangan untuk membolehkan mereka membuka restoran dan kedai makan sehingga pukul 10 malam.

“Saya dengar ramai sangat yang merungut dan mahukan kelonggaran diberikan. Ini soal kelangsungan hidup semua pihak dalam keadaan serba sukar sekarang ini,” tambahnya.

Terkini

Dewan Rakyat lulus RUU Pindaan AUKU 2023

DEWAN Rakyat hari ini sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) (Pindaan) 2023 setelah dibacakan buat...

Lagi Artikel Berkaitan