27.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 8, 2023

Tular penduduk kampung sumbang makanan pengembara terkandas balik KL

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Tular di media sosial merakamkan kemuliaan hati penduduk kampung di Pahang menyumbang makanan kepada pengembara yang terpaksa menggunakan laluan alternatif selepas laluan utama ke Kuala Lumpur ditutup akibat banjir dan tanah runtuh.

Mereka yang dipercayai dari kampung sekitar  Mempaga menunggu di bahu jalan sebelum menyerahkan sumbangan makanan dan minuman buat pengguna yang terperangkap dalam kesesakan jalan raya.

Ini selepas laluan kampung itu menjadi sesak oleh kerana menjadi tumpuan banyak pengembara sehingga mereka terkandas kerana kenderaan berpusu-pusu ingin bergerak menuju ke Kuala Lumpur.

Melalui ciapan pengguna bernama Hazidi, dia berkongsikan kenangan manis dilalui keluarganya sehingga membuatkannya terharu dengan kebaikan hati orang Pahang.

“Keluarga saya terkandas di Pahang dan dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur.Terpaksa ikut jalan kampung sebab lebuh raya tutup.

“Kesesakan amat teruk dan orang kampung bagi makanan. Terima kasih orang Pahang,” ciapnya di Twitter.

Menerusi video dikongsikan itu, dapat dilihat penduduk kampung pada waktu malam duduk di bahu jalan sambil menghulurkan roti serta air mineral sebelum menghulurkannya kepada pengguna jalan raya.

Hazidi sekali lagi memuatnaik ciapan menyatakan sudah tiba di Kuala Lumpur dari Kuantan selepas mengharungi kesesakan selama 11 jam.

Baca juga:   Zahid seru ahli UMNO teruskan api perjuangan Najib

Dia kemudiannya sekali lagi mewakili keluarga merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaannya buat penduduk kampung di Mempaga.

Baca juga:   Balai Polis Setapak ditutup seminggu akibat Covid-19

Sementara itu, kebaikan hati penduduk kampung  tersebut telah mendapat respon positif warganet yang  memuji inisiatif yang dilakukan oleh penduduk kampung.

Mereka turut mengucapkan ribuan terima kasih kerana masih ada pihak yang prihatin terhadap orang lain walaupun mereka sedang diuji dengan bencana banjir di sekitar kawasan kediaman rumah mereka.

Berdasarkan ciapan balas pengguna Twitter, difahamkan penduduk kampung mula mengagihkan makanan sejak siang dan berlarutan sehingga malam.

Wartawan

Terkini

UMNO lancar Tabung Pendidikan Melayu

UMNO hari ini melancarkan Tabung Pendidikan Melayu dengan sasaran jumlah dana sebanyak RM10 juta dalam tempoh setahun. Pengerusi Sekretariat Pendidikan...

Lagi Artikel Berkaitan