24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Covid-19 Cameron Highlands: Tiada arahan buat pengesanan Covid-19 di klinik kesihatan

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKN) Pahang menafikan mengeluarkan arahan supaya pengunjung premis yang ditutup di Cameron Highlands akibat Covid-19 menjalani ujian pengesanan Covid-19 di klinik kesihatan seperti yang tular di media sosial.

Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Bahari Che Awang Ngah berkata, JKN Pahang mengesan satu kes positif Covid-19 di Cameron Highlands dan kes tersebut telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, berdasarkan pergerakan kes, pihak JKN Pahang telah mengenalpasti tempat dikunjungi kes dan mengarahkan penutupan premis bagi tujuan nyahkuman dan nyahcemar.

“Pihak JKN Pahang juga telah menjalankan pengesanan kontak secara aktif dan kontak-kontak rapat kes diasing dan disaring untuk ujian pengesanan Covid-19.

“Justeru itu, tiada arahan untuk menjalankan ujian pengesanan Covid-19 di klinik kesihatan dikeluarkan seperti yang ditularkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Beliau mengulas mesej tular yang disebar melalui aplikasi WhatsApp dan Facebook berhubung penutupan premis akibat Covid-19 di daerah Cameron Highlands, Pahang dan pengeluaran arahan menjalankan ujian pengesanan Covid-19 di klinik kesihatan.

Dr Bahari berkata, JKN Pahang ingin menasihati orang ramai agar terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 sebagai norma baharu serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan semasa mengunjungi sesuatu premis.

Nasihat itu katanya adalah Elakkan 3S: (Elak kawasan yang sesak, sempit dan sembang pada jarak dekat) dan amalkan 3S (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

“Orang awam dinasihatkan agar mendapatkan maklumat dari sumber yang sahih dan menyalurkan sebarang pertanyaan berhubung situasi semasa Covid-19 kepada Crisis Preparedness Response Centre (CPRC) di talian 09-5707985/7988 atau melalui e-mel [email protected].

“Selain itu, boleh layari laman Facebook rasmi JKN Pahang atau saluran Telegram CPRC Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mendapatkan maklumat tepat mengenai kejadian Covid-19 di Pahang,” tambahnya.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan