Sunday, July 19, 2026

TNB serah bantuan RM250,000 kepada mangsa banjir di Johor

Mesti Baca

JOHOR BAHRU – Mangsa banjir di negeri ini mendapat perhatian Tenaga Nasional Berhad (TNB) dengan bantuan berjumlah RM250,000 menerusi program tanggungjawab sosial korporatnya.

Bantuan untuk Tabung Mangsa Banjir Negeri Johor itu disampaikan oleh Pengerusi TNB, Datuk Seri Mahdzir Khalid kepada Menteri Besar, Datuk Ir. Hasni Mohammad di Bangunan Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Selain menyampaikan bantuan banjir, Mahdzir turut menyerahkan wang zakat perniagaan TNB berjumlah lebih RM2.1 juta kepada kerajaan Johor.

Cek diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi dan disaksikan Hasni.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Agama Islam Johor, Datuk Md Rofiki Datuk A. Shamsudin dan Pengurus Besar  Negeri Johor, Bahagian Strategi dan Kawal Selia TNB, Mohamed Noh Seth.

Sebelum itu, Mahdzir melakukan kunjungan hormat ke atas Hasni dan mengadakan perbincangan tertutup bersama Menteri Besar Johor itu. – Edisi 9

Terkini

Exco Johor: Enam kekal portfolio, empat lantikan baharu

SERAMAI 10 Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri Johor bagi penggal 2026-2031 hari ini mengangkat sumpah jawatan masing-masing hari...

Lagi Artikel Berkaitan