26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, March 31, 2023

Tok Pa positif Covid-19, kini dirawat di HRPZ II

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed disahkan positif Covid-19 selepas mendapat keputusan ujian saringan malam tadi.

Beliau menjalani ujian saringan Covid-19 sejurus tiba di Kota Bharu dari Kuala Lumpur pagi semalam.

“Beliau (Mustapa) telah dimasukkan ke wad Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu pada pukul 10.30 malam tadi untuk pemantauan dan keadaannya stabil,” katanya satu kenyataan dari pejabat beliau hari ini.

Pada 1 Januari lalu, Ahli Parlimen Jeli itu telah menjalani ujian serupa dan keputusannya negatif.

Beliau memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul berikutan keputusan kesihatannya itu dan memohon agar didoakan supaya segala urusannya dipermudahkan.

Sejak beberapa hari lalu Mustapa menjadi tumpuan berikutan keputusan kerajaan Perikatan Nasional membatalkan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura.

Akibatnya, negara terpaksa membayar pampasan dan ganti rugi kepada Singapura dalam jumlah yang tidak didedahkan tetapi dipercayai mencapai ratusan juta ringgit. – Edisi 9

Baca juga:   Kajian gender ketiga dorong gaya hidup songsang

Wartawan

Terkini

4 beradik maut dalam kebakaran dikebumi satu liang

JENAZAH empat beradik yang maut dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, Muar malam semalam, selamat dikebumikan dalam satu...

Lagi Artikel Berkaitan