27.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 21, 2022

RoS tolak pendaftaran Pejuang, MUDA

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menolak pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Ikatan Demokratik Malaysia atau Malaysian United Democratic Alliance (MUDA).


Penolakan pendaftaran Pejuang diketahui menerusi satu surat, semalam dan perkara tersebut disahkan peguam Pejuang, Muhammad Rafique Rashid Ali, menurut laporan theedgemarkets.com hari ini.

Menurut Muhammad Rafique, pihaknya menerima surat tersebut pada pukul 5.45 petang semalam.

Keputusan itu dibuat ketika permohonan semakan kehakiman bagi pendaftaran Pejuang sebagai sebuah parti politik dijadual diperdengar di Mahkamah Rayuan Kuasa-Kuasa Khas 2 pagi ini.


Berikutan itu, Pejuang mungkin memfailkan rayuan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk mempertimbangkan semula keputusan itu.


“Dengan itu, semakan kehakiman yang dijadual hari ini hanya bersifat akademik kerana kami akan terpaksa membuat rayuan secara terus kepada Menteri Dalam Negeri dalam masa 30 hari selepas keputusan itu, menurut Seksyen 18 Akta Pertubuhan 1966,” Rafique dipetik berkata.


Pejuang ditubuhkan Tun Dr Mahathir Mohamad bersama lima lagi individu pada Ogos 2020.


Dalam perkembangan berkaitan, memetik Astro Awani, permohonan pendaftaran MUDA turut ditolak RoS.


Perkara itu disahkan salah seorang pengasas MUDA, Mutalib Uthman dalam kumpulan aplikasi WhatsApp bersama media sebentar tadi.

Baca juga:   Tangguh pemilihan parti kuasa mutlak MKT UMNO

“Pemakluman penolakan pendaftaran MUDA disampaikan melalui satu emel petang semalam (Rabu) dan kami akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat,” katanya.


Parti itu mempunyai 13 pengasas bersama termasuk Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Baca juga:   Tun M sudah keluar IJN tapi masih perlu jalani rawatan harian


Syed Saddiq yang juga bekas Ketua Armada Bersatu sebelum ini dilaporkan mendaftarkan parti baharunya itu dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) pada 17 September lalu.

Terkini

Lebih setengah juta pelancong asing memasuki negara sejak 1 April

SEKTOR pelancongan yang paling teruk terjejas ekoran pandemik COVID-19 sejak dua tahun lalu kini kembali menampakkan pertumbuhan positif, kata...

Lagi Artikel Berkaitan