24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Menteri beri jaminan bangkit isu operasi restoran ke MKN

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO hari ini membangkitkan isu waktu operasi restoran atau kedai makan sehingga pukul 10 malam kepada Menteri Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri berikutan keluhan banyak pihak berhubung perkara itu.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, berikutan had operasi restoran atau kedai makan sehingga pukul 8 malam, kebanyakan rakyat merintih apabila sukar mendapatkan perkhidmatan penghantaran makanan memenuhi pesanan mereka yang pulang berkerja lewat petang. 

“Saya sudah berhubung telefon dan berbincang panjang dengan Menteri Kanan Kluster Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri sebentar tadi akan rintihan rakyat mengenai keperluan untuk dilanjutkan waktu operasi restoran atau kedai makan sehingga pukul 10 malam.

“Ini bagi membolehkan perkhidmatan penghantaran makanan memenuhi pesanan mereka yang pulang berkerja lewat petang,” katanya dalam catatan Facebook beliau hari ini.

Advertisements

Asyraf Wajdi berkata, InsyaAllah, Ismail Sabri memberi jaminan bahawa beliau sememangnya mendengar suara hati rakyat yang resah itu dan akan membawanya ke dalam Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara.

Menurutnya, MKN  akan memutuskan perkara itu dengan mengambil kira prosedur operasi standard (SOP) yang ketat tanpa berkompromi dengan agenda memutuskan rantaian Covid-19 yang makin mengganas.

“Terima kasih Datuk Seri atas pertimbangan dan perhatian kepada suara rakyat,” tambahnya.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan