28.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Kerajaan PN buat pusingan-U selepas dilobi – Najib

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mendedahkan punca utama kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerap membuat pusingan-U berhubung operasi industri kereta berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang bermula minggu lalu.

Bekas perdana menteri itu dalam catatan Facebook beliau berkata, media Jepun melaporkan semalam bahawa badan kerajaan negera Jepun serta persatuan industri kereta telah berjaya melobi kerajaan untuk terus menyenaraikan industri mereka sebagai perkhidmatan keperluan.

“Maka kilang-kilang kereta pun beroperasi semasa PKP walaupun pernah menjadi kluster Covid dalam gelombang ketiga beberapa bulan lalu,” tulis beliau hari ini.

Menurut Najib, ramai yang pelik kenapa kerajaan asyik buat pusingan-U dalam operasi industri kereta.

Katanya, mula-mula kilang-kilang diletakkan sebagai perkhidmatan keperluan oleh kerajaan dalam senarai awal untuk dibenarkan untuk beroperasi semasa PKP.

Namun katanya, selepas dua hari kemudian, kerajaan kata industri kereta tak boleh beroperasi.

“Lalu kerajaan buat U-turn sekali lagi dua hari kemudian dan kilang-kilang kereta sekali lagi diletakkan dalam senarai perkhidmatan keperluan yang tidak diganggu semasa PKP,” tambahnya.

Dalam catatan Facebook berasingan, Najib mengemukakan empat pilihan bagi kerajaan menangani keluhan rakyat berikutan waktu operasi restoran yang dihadkan setakat pukul 8 malam sahaja semasa PKP 2.0.

Cara pertama katanya, kerajaan boleh buat PKP2.0 yang seketat-ketatnya seperti PKP pertama bulan Mac lepas dan terus memberi kelonggaran bagi pembelian bungkus di kedai makan dan khidmat penghantaran makanan sehingga 8 malam.

Masa PKP pertama tahun lalu ujarnya, masalah tak sempat membeli makanan tidak pernah timbul.

“Ini ialah pilihan terbaik sebab keberkesanan untuk menurunkan penularan Covid adalah paling tinggi agar kita tak lanjut PKP berulang kali dan sistem penyampaian kesihatan yang sudah kritikal boleh dipulihkan dalam masa yang paling singkat,” katanya.

Selain itu cara kedua katanya, kerajaan dicadang memendekkan masa bekerja bagi semua sektor selain sektor makanan ke 6.30 petang supaya pekerja masih ada masa 1 jam 30 minit termasuk masa menghadapi sekatan jalan Raya untuk membeli makanan sebelum pulang ke rumah.

“Cara ketiga, lanjutkan masa yang dibenarkan bagi sektor makanan dan penghantaran makanan ke 9:30 malam.

“Cara keempat pula kerajaan tak perlubbuat apa-apa. Telan sahaja apabila orang ramai tag kamu dengan hashtag #SiBodohKauDengarSini,” tambahnya.

Terkini

Stoking kalimah Allah: KK Mart akan dipanggil bantu siasatan

POLIS akan memanggil pihak KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dan beberapa individu lain bagi membantu...

Lagi Artikel Berkaitan