25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Jumpa mayat remaja dalam mulut buaya

Mesti Baca

BINTULU – Mayat remaja lelaki 14 tahun yang disyaki lemas ketika memancing di Kuala Tatau, di sini semalam ditemui penduduk kampung berada dalam rahang seekor buaya besar awal pagi ini.

Ketiga-tiga lelaki yang menyertai operasi mencari dan menyelamat menemukan mayat Arffanirul Abdullah, pada mulut reptilia itu 400 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang pada pukul 12.20 pagi ini.

Bagaimanapun, tangan kanan mangsa putus, manakala kaki kiri patah akibat serangan buaya itu.

Memetik Utusan Borneo, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau, Jankey Jikat berkata, penduduk itu pada mulanya ternampak mata buaya pada jarak sekitar 1.5 meter di kawasan lubuk sungai sebelum buaya berkenaan perlahan-lahan muncul.

Katanya, mereka bagaimanapun terkejut melihat badan mangsa dari Kampung Haji Ismail berada pada rahang reptilia tersebut.

“Selepas buaya itu melepaskan mayat dan keadaan didapati benar-benar selamat, penduduk bertindak menarik jasad ke dalam bot sebelum membawanya ke sebuah pondok di kampung,” katanya hari ini.

Advertisements

Menurutnya, pemeriksaan ke atas tubuh mangsa mendapati banyak kesan gigitan reptilia terbabit dengan tangan kanan putus dibaham manakala kaki kiri patah.

“Mayat diserahkan kepada polis sebelum dihantar ke Rumah Mayat Hospital Bintulu.

“Dengan itu operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada pukul 2.30 pagi tadi,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari semalam, mangsa bersama dua rakan dikatakan memancing di pinggir sungai sebelum mangsa menyelam bagi mendapatkan semula mata joran yang tersangkut.

Bagaimanapun, mangsa tidak muncul ke permukaan air menyebabkan rakannya segera mendapatkan pertolongan.

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan