28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kartel daging: 3 pegawai Maqis direman

Mesti Baca


JOHOR BAHRU – Sebanyak tiga pegawai Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) direman lima hari bermula hari ini selepas disyaki terbabit dalam kegiatan rasuah berhubung kemasukan daging sejuk beku yang tidak dibenarkan oleh Jabatan Veterinar Malaysia.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Johor Bahru, Nur Fathiah Mohd Fedzier selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor membuat permohonan berkenaan, hari ini.

Memetik Harian Metro, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias berkata, ketiga-tiga suspek berusia 40, 44, dan 55 tahun akan ditahan reman sehingga 23 Januari ini.

“Ketiga-tiganya ditahan di Pejabat SPRM Johor kira-kira 7 malam tadi selepas hadir untuk membantu siasatan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009,” katanya.

Advertisements

Semalam, SPRM Johor dilapor menahan seorang pengarah syarikat berusia 36 tahun di sini, sebelum suspek direman selama enam hari hingga Sabtu.

Pada 12 Januari lalu, seorang ejen penghantaran direman lima sehingga Sabtu lalu kerana dakwaan terbabit kegiatan sama dan lelaki berusia 55 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Sebelum itu, pada 7 Januari, dua pegawai Maqis Johor berusia 27 dan 31 tahun direman mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009, manakala pada 4 Januari, seorang pengarah dan tiga pekerja syarikat pengimport daging sejuk beku, di sini dilapor turut direman.

SPRM dalam kenyataannya semalam dilapor berkata, lapan suspek sudah ditahan sejak 4 Januari lalu untuk membantu siasatan isu kartel daging sejuk beku, manakala 27 saksi turut dipanggil yang terdiri daripada pekerja syarikat, ejen pengimport serta pegawai kerajaan.

Advertisements

Terkini

Sekat penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara – Zambry

SEKATAN terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka. Justeru,...

Lagi Artikel Berkaitan