Friday, July 24, 2026

Helikopter terhempas, dua cedera

Mesti Baca


PELABUHAN KLANG – Sebuah helikopter persendirian jenis Turbine Robinson R66 terhempas dalam kawasan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di sini, pagi ini.

Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10 pagi.

“Helikopter itu membuat pendaratan cemas sebelum terhempas di kawasan lapang dan tiada kebakaran berlaku.

“Terdapat dua mangsa terlibat dalam kejadian itu dan mereka berada dalam keadaan stabil serta hanya mengalami kecederaan ringan,” katanya yang dipetik Astro Awani hari ini.

Helikopter persendirian jenis Turbine Robinson R66 terhempas dalam kawasan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di sini, pagi ini. Foto FACEBOOK

Norazam berkata, mangsa dikenali sebagai Kharudin Dahlan (juruterbang), 73, yang mengalami kecederaan di tangan kiri manakala Moithu Kutti Mohamad (pembantu juruterbang), 53, mengalami luka kecil.

Katanya, kedua-dua mangsa telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Beliau menambah, punca kemalangan masih lagi dalam siasatan.

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan