27.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 23, 2021

Ahmad Maslan sahkan pelantikan sebagai SUA BN/ MN

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Maslan petang ini mengesahkan pelantikannya sebagai Setiausaha Agung (SUA) Barisan Nasional (BN) dan SUA Muafakat Nasional (MN) yang baharu menggantikan Tan Sri Annuar Musa.

Dalam hantaran Facebook beliau, Ahmad merakamkan terima kasih beliau kepada Annuar yang telah menjawat kedua-dua jawatan itu sebelum ini.

“Dirakamkan ucapan terima kasih kepada Presiden #UMNO & Pengerusi #BN Datuk Seri Dr Zahid Hamidi atas perlantikan saya sebagai SUA #BN & SUA #MN.

“Saya akan memberi khidmat yang terbaik dalam melaksanakan tanggungjawab penting parti,” katanya hari ini.

Annuar dalam pada itu menerima secara terbuka pemecatan beliau sebagai Setiausaha Agung BN dan Setiausaha Bersama MN.

Dalam reaksi ringkasnya kepada UtusanTV.com melalui aplikasi WhatsApp, Annuar berkata, ‘’Tak apalah…saya pertahan keputusan parti’’.

Semalam Ahli Parlimen Ketereh itu melalui Facebooknya berkata; ”Parti buat keputusan rasmi untuk bekerjasama dengan Pas. Keputusan rasmi berserta akaun bersumpah menyertai Kerajaan PN. Secara rasmi putuskan ‘No DAP, No Anwar’.

“Sesiapa mempertahankan keputusan tersebut adalah derhaka dan perlu dipecat. Mereka yang menyokong Anwar dan cuba berunding dengan DAP senyap-senyap di luar mandat parti adalah wira sejati…mereka yang menolak Pas, tolak PPBM,tolak PN.”

Baca juga:   6,806 kes baharu! MKN bincang PKP menyeluruh

Sehari sebelum itu, Annuar menyatakan kesediaan dipecat kerana mempertahankan keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang menolak bekerjasama dengan DAP dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Baca juga:   Pas sokong Ahmad Maslan sebagai Timbalan Speaker

Annuar berkata, beliau tetap mahukan UMNO menjadi sebuah parti yang memimpin muafakat parti Melayu dan Islam, serta menolak perpecahan ummah.

Berikutan itu, katanya beliau sedia dipecat daripada parti sekiranya ada pihak yang tidak bersetuju dengan ketetapan itu.

“Saya tetap pertahan keputusan MKT, ‘No DAP, No Anwar’. Kalau nak pecat kerana itu silakan, nak pertahan mereka yang bawa parti sokong DAP dan Anwar, silakan,” katanya.

Terkini

PRN Melaka: PN mungkin bertanding di semua 28 kerusi

PERIKATAN Nasional (PN) berkemungkinan besar akan bertanding di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri...

Lagi Artikel Berkaitan