31 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

“Tak apalah…saya pertahan keputusan parti’’ –Annuar

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa menerima secara terbuka pemecatan beliau sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) dan Setiausaha Bersama Muafakat Nasional (MN).


Dalam reaksi ringkasnya kepada UtusanTV.com melalui aplikasi WhatsApp, Annuar berkata, ‘’Tak apalah…saya pertahan keputusan parti’’.


Semalam Ahli Parlimen Ketereh itu melalui Facebooknya berkata;
”Parti buat keputusan rasmi untuk bekerjasama dengan Pas. Keputusan rasmi berserta akaun bersumpah menyertai Kerajaan PN. Secara rasmi putuskan ‘No DAP, No Anwar’.


”Sesiapa mempertahankan keputusan tersebut adalah derhaka dan perlu dipecat. Mereka yang menyokong Anwar dan cuba berunding dengan DAP senyap-senyap di luar mandat parti adalah wira sejati…mereka yang menolak Pas, tolak PPBM,tolak PN.”

Advertisements


Sehari sebelum itu, Annuar menyatakan kesediaan dipecat kerana mempertahankan keputusan Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang menolak bekerjasama dengan DAP dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Annuar berkata, beliau tetap mahukan UMNO menjadi sebuah parti yang memimpin muafakat parti Melayu dan Islam, serta menolak perpecahan ummah.


Berikutan itu, katanya beliau sedia dipecat daripada parti sekiranya ada pihak yang tidak bersetuju dengan ketetapan itu.


“Saya tetap pertahan keputusan MKT, ‘No DAP, No Anwar’. Kalau nak pecat kerana itu silakan, nak pertahan mereka yang bawa parti sokong DAP dan Anwar, silakan,” katanya.

Advertisements

Terkini

Tak boleh tolak permohonan pelanggan tidak fasih bahasa Melayu

PARA pegawai Jabatan Imigresen Malaysia tidak dibenarkan menolak sebarang permohonan hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan. Bagaimanapun, menurut Ketua...

Lagi Artikel Berkaitan