24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Perkahwinan anak Ku Nan dapat liputan media antarabangsa

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Perkahwinan anak lelaki Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang diadakan dengan konsep pandu lalu dan dihadiri kira-kira 10,000 jemputan semalam mendapat liputan media antarabangsa hari ini.

Portal berita Britain, BBC melaporkan berita perkahwinan bersejarah antara pasangan pengantin Tengku Muhammed Hafiz Tengku Adnan, 24, dan Oceane Cyril Alagia, 20, dari Jakarta dengan tajuk “Covid-19: Couple holds 10,000 people drive-thru wedding in Malaysia”.

Tengku Muhammed Hafiz Tengku Adnan, 24, disatukan dengan pasangannya, Oceane Cyril Alagia, 20, dari Jakarta.

Laporan itu menyebut kejayaan pasangan mempelai mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran di sebalik prosedur operasi standard (SOP) yang menetapkan hanya 20 jemputan sahaja.

Kata laporan itu, ramai beranggapan perkahwinan secara besar-besaran sukar diadakan ketika penularan Covid-19 namun ia boleh dilakukan jika diadakan secara pandu lalu.

Bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3, majlis perkahwinan yang bertemakan adat Jawa itu diadakan di pentas khas yang didirikan di hadapan bangunan Istana Kehakiman bermula pukul 11 pagi hingga 2 petang.

Tetamu yang hadir melalui jalan Dataran Putrajaya berpeluang melihat pasangan pengantin Tengku Muhammed Hafiz Tengku Adnan, 24, dan Oceane Cyril Alagia, 20, dari Jakarta melambaikan tangan dari pentas dan kemudian mengambil juadah makanan yang disediakan di khemah khas secara pandu lalu.

Advertisements

Ini sekali gus dapat memastikan penjarakan fizikal dikekalkan di sebalik jumlah tetamu yang ramai.

Majlis perkahwinan yang bertemakan adat Jawa itu diadakan di pentas khas yang didirikan di hadapan bangunan Istana Kehakiman bermula jam 11 pagi hingga 2 petang.

Secara kebetulan, majlis perkahwinan itu diadakan serentak dengan ulang tahun kelahiran Tengku Adnan.

“Saya dimaklumkan lebih 10,000 kereta berada di sini sejak pagi tadi.

“Saya dan keluarga rasa dihormati. Terima kasih kerana memahami dan mematuhi SOP tanpa perlu keluar daripada kereta,” tulisnya di Facebook.

Bagaimanapun Tengku Adnan atau mesra disapa Ku Nan hari ini didapati bersalah terhadap tuduhan menerima rasuah sebanyak RM2 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan dijatuhi hukuman penjara selama 12 bulan dan denda sebanyak RM2 juta.

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan