33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Laman web Agenzia Nova disekat di Malaysia?

Susulan pendedahan Hamzah Zainuddin tentang laporan media itu yang menggelarkan Anwar sebagai 'full-blown homosexual'

Mesti Baca

LAMAN web agensi berita Itali, Agenzia Nova yang menggelarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai full-blown homosexual gagal diakses sejak semalam.

Berdasarkan tinjauan Edisi 9, laman web media itu menerusi alamat tertera tidak dapat dilayari dipercayai disekat manakala pencarian tajuk berita tersebut dipapar menerusi Google namun tidak dapat diakses.

Pencarian laporan sama menerusi Facebook media tersebut juga gagal dijumpai, namun tidak dapat dipastikan sama ada laporan itu sudah dipadam media berkenaan atau disekat.

Semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menggesa Anwar menyaman media Eropah itu kerana menerbitkan laporan bertajuk First Full-blown Homosexual Elected Prime Minister in an Islamic Country susulan pelantikan Ahli Parlimen Tambun itu sebagai Perdana Menteri.

Hamzah yang juga bekas Menteri Dalam Negeri mendakwa laporan itu diterbitkan pada 24 November lalu, iaitu sebaik Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Gesaan beliau dibuat ketika membahas usul undi percaya terhadap Perdana Menteri pada hari pertama Sidang Dewan Rakyat bagi penggal ke-15 di Parlimen.

Beliau berkata, Perdana Menteri wajib mengambil tindakan terhadap agensi luar dan jangan hanya mengambil tindakan terhadap mereka dalam negara sahaja serta jangan dilihat sebagai jaguh kampung semata-mata.

“Laporan itu jelas menghina YAB Tambun sebagai Perdana Menteri Malaysia. Tindakan tegas harus diambil.

“Kerajaan bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada seluruh dunia bahawa YAB Tambun sudahpun diberi pengampunan oleh Yang Di-Pertuan Agong,” katanya.

Agenzia Nova merupakan portal berita yang berpangkalan di Parigi, Rome dan mempunyai jumlah pengikut Facebook hanya 12,000 orang dan lebih 8,000 di twitter.

Media itu memfokuskan laporan berkaitan politik dan ekonomi dari Itali dan seluruh dunia. – Edisi 9

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan