30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Pas tak sertai Kerajaan Perak, tamparan untuk UMNO?

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Selepas melakukan percaturan politik sehingga berjaya menyingkirkan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu daripada jawatan Menteri Besar Perak sekaligus memungkinkan hubungan parti itu dengan UMNO semakin jelas akan berantakan, UMNO kini berhadapan pula ‘krisis’ dengan Pas.

Ia berikutan keputusan Pas untuk tidak menyertai kerajaan baru yang akan ditubuhkan di Perak. Pendirian parti yang bergabung bersama dengan UMNO dalam Muafakat Nasional itu dinyatakan oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan beberapa jam selepas Ahmad Faizal disingkirkan.

Menurut Takiyuddin, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas di Perak telah membuat pendirian menyokong usul percaya terhadap Ahmad Faizal.

“Maka selaras dengan keputusan tersebut, Pas pusat telah membuat ketetapan untuk tidak menyertai usaha pembentukan Kerajaan Negeri Perak yang baharu. Meskipun demikian, Pas akan terus berperanan sebagaimana biasa dalam masyarakat di peringkat negeri mahupun nasional,’’ katanya.

Keputusan Pas itu sudah tentulah tamparan kepada UMNO yang berhasrat meletakkan ADUN parti itu sebagai Menteri Besar bagi menggantikan Ahmad Faizal.

Ketika ini UMNO mempunyai 25 kerusi, Bersatu (4 kerusi), Pas (3 kerusi), DAP (16), Amanah (5) dan PKR (3).

Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Mas daripada, Ahmad Fadhli Shaari turut dilihat tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku di Perak apabila secara sinis mengucapkan tahniah kepada DAP Perak dan parti yang bekerjasama dengan DAP sehingga kerajaan Perak sekali lagi bertukar teraju.

Keputusan Pas yang diumumkan oleh Takiyuddin itu menimbulkan persoalan mengenai masa depan kerjasama parti tersebut dengan UMNO dalam Muafakat Nasional.

Ia memandangkan selain berada dalam gabungan itu, Pas juga sudah menjadi salah satu parti dalam Perikatan Nasional secara rasmi.

Pas sebelum ini sudah menegaskan berkali-kali bahawa mereka tetap tidak akan meninggalkan Bersatu dan akan terus dalam Perikatan Nasional menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15.

Keadaan itu berkemungkinan akan menyebabkan UMNO terpaksa bertanding sendirian dalam pilihan raya tersebut tanpa kerjasama dengan Bersatu dan Pas.

Jika itu berlaku sudah pasti pertembungan antara parti-parti berkenaan tidak dapat dielakkan, walaupun sebelum mereka berazam untuk memastikan pertarungan satu lawan satu dengan Pakatan Harapan. – Edisi 9

Terkini

Afidavit Zahid manifestasi usaha pembelaan terhadap Najib

TINDAKAN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang memfailkan afidavit tambahan bagi menyokong petisyen Datuk Seri Najib Razak berhubung kewujudan...

Lagi Artikel Berkaitan