23.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 25, 2022

i-Sinar KWSP: Mansuhkan semua syarat, permudahkan pencarum – UMNO

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diminta mempermudahkan pencarum mengeluarkan wang simpanan mereka tanpa mengenakan sebarang syarat dan diberikan pilihan untuk mengeluarkannya secara one-off sebanyak RM10,000 maksimum. 

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau  mendengar dan membaca semua keluhan dan suara hati rakyat yang kecewa dengan syarat-syarat dikenakan pihak KWSP berkenaan pengeluaran i-Sinar Akaun 1 KWSP.

Menurutnya, ternyata nada pengurusan KWSP amat berbeza dengan harapan positif yang diberikan oleh Menteri Kewangan ketika sesi penggulungan peringkat dasar Belanjawan Negara 2021 tempoh hari.

“Ahli-ahli Parlimen BN dan UMNO termasuk sayap-sayap Pergerakan Pemuda dan Puteri sejak dari awal tegas dan konsisten memperjuangkan isu tuntutan pengeluaran Akaun 1 KWSP yang dibangkitkan rakyat. 

“Di saat rakyat sedang kesempitan dalam mendepani keadaan luar biasa pandemik, amat wajar sekali kita mempermudahkan dan menyantuni keperluan mereka. 

“Justeru, saya meminta pihak KWSP untuk mempermudahkan pihak pencarum bagi mengeluarkan wang simpanan mereka tanpa mengenakan sebarang syarat dan diberikan pilihan untuk mengeluarkannya secara one-off sebanyak RM10,000 maksimum,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam satu temu bual eksklusif malam tadi, Ketua Pegawai KWSP, Alizakri Alias berkata, kriteria-kriteria yang diletakkan dalam i-Sinar bukan bertujuan untuk ‘menutup pintu’ kepada lapan juta pencarum yang layak memohon kemudahan tersebut.

Baca juga:   UMNO Pengerang berdiri teguh bersama Presiden - Azalina

Beliau berkata, pertimbangan akan diberikan kepada semua ahli dengan mengambil kira situasi unik yang dihadapi setiap ahli KWSP.

Baca juga:   Muhyiddin mahu perbaiki hubungan Bersatu-UMNO

Menurutnya, mana-mana ahli yang terjejas boleh membuat permohonan mengikut Kategori 1 dan Kategori 2 seperti yang diumumkan KWSP, kelmarin.

“Setiap ahli yang terjejas ini (mempunyai situasi yang) unik (bergantung) kepada individu tersebut.

“Kita tidak boleh menggunakan formula sama sebagai penyelesaian kepada semua individu. Jadi, kita hendak memastikan setiap individu yang mempunyai isu-isu dan cabaran-cabaran yang tersendiri, kita akan memberi peluang kepada mereka untuk membuat permohonan di Kategori 2.

“Kita tidak mahu menutup apa-apa pintu kepada ahli-ahli untuk mendapatkan wang bagi menolong mereka bertahan (kesan COVID-19). Jadi, untuk Kategori 2, kita menyarankan kepada ahli-ahli untuk menyiapkan dokumen yang boleh menunjukkan kesan (pendapatan) terjejas dan hantar kepada KWSP bermula 11 Januari 2021.

“Kita akan membuat pertimbangan untuk setiap orang kerana setiap orang (mempunyai) isu yang unik,” katanya.

Terkini

MBM sokong kenyataan PM gelar Israel sebuah negara Aparteid

MAJLIS Belia Malaysia (MBM) menyokong sepenuhnya kenyataan yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA)...

Lagi Artikel Berkaitan