Wednesday, July 22, 2026

KJ cedera jatuh parit, langgar lubang ketika berbasikal

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Berkecimpung lebih 30 tahun dalam dunia kewartawanan bersama media arus perdana. Keutamaan dalam penulisan berkaitan politik, sukan dan teknologi maklumat.

KUALA LUMPUR – Gara-gara melanggar sebuah lubang ketika berbasikal, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin cedera di muka dan beberapa anggota badan.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 11 pagi ini ketika beliau berbasikal bersama rakan-rakannya di Kampung Sri Cheeding, Jalan Morib-Rimbayu, Kuala Langat, Selangor.

Menurut Setiausaha Akhbarnya, Raja Syahrir Abu Bakar, Khairy dimasukkan ke sebuah hospital di sini tetapi keadaannya tidak membimbangkan.

“Beliau hanya cedera di beberapa bahagian anggota badan dan keadaannya tidak membimbangkan,” kata Raja Syahrir ketika dihubungi Edisi 9, hari ini.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Rembau tersebut berkongsi foto dan kapsyen mengenai kemalangan yang berlaku itu menerusi instagram dan twitternya.

Berdasarkan apa yang ditulis Khairy, basikalnya dipercayai melanggar lubang menyebabkan beliau terhumban ke dalam parit. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan