29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Jangan layan pendukung PH menyalak serang MN

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

SAYA lihat agak konsisten juga pendukung Pakatan Harapan (PH) menyerang Muafakat Nasional (MN).

Termasuk pimpinan yang agak kanan dalam Parti Amanah Negara (PAN), DAP, PKR dan veteran UMNO.

Itu tidak kira lagi cybertrooper-cybertrooper yang sedang kelaparan.

Presiden PAN minta ahli PAS kenang balik peristiwa Memali.

Ku Li minta UMNO jangan biarkan PAS tumpang tuah UMNO.

Pendek kata semua statement-statement itu sarat dengan harapan agar PAS dan UMNO kembali berperang dan MN terburai ikatannya.

Sakit benar hati mereka melihat persaudaraan PAS UMNO.

Saya yakin mereka tidak akan berjaya kecuali jika ada pimpinan UMNO atau PAS yang menari mengikut irama sumbang mereka.

Persaudaraan Aus dan Khazraj ini perlu dijaga rapi. Kerana orang-orang Abdullah bin Ubai sentiasa mencari ruang dan peluang.

Salakan mereka jangan dilayan. Cantiknya kalau pimpinan-pimpinan yang tak berkenaan tutup mulut.

Biar pucuk pimpinan tertinggi sahaja yang bercakap dan buat statement.

Harap-harap tidak ada di kalangan PAS atau UMNO ini pimpinan yang ‘gila microphone’. Elakkan membuat statement balas yang bukan pandangan parti.

Waktu-waktu sebeginilah pentingnya walak diamalkan.

Saya yakin saranan Mat Sabu agar ahli-ahli PAS mengenang peristiwa Memali tidak memberi apa-apa kesan kepada PAS.

Kami orang PAS telah diajar dengan akhlak Islam. Berbaik dengan UMNO tidak bermakna menafikan kemurnian perjuangan para syuhada Memali. Kerana kedua-dua zaman itu berbeza.


Yang mengajak para sahabat Nabi mengingati kejahatan dan perseteruan dengan Abu Sufian hanyalah para munafik Madinah.

Mereka tidak senang melihat persaudaraan berlaku antara para sahabat dengan Abu Sufian selepas Fathul Makkah.

Manakala Ku Li pula cuba menyemarakkan kembali semangat asobiyyah UMNO. Dengan memberi amaran agar UMNO jangan biarkan tuah UMNO dikongsi dengan PAS dan BERSATU.


Hakikatnya tiada siapa yang bertuah sama ada PAS atau UMNO atau BERSATU jika meninggalkan Islam dan penyatuan umat Melayu.

Rupa-rupanya Ku Li sudah jauh tertinggal di belakang berbanding ahli-ahli UMNO yang lain.

Ketika ahli-ahli UMNO yang lain sedang bercakap soal gagasan penyatuan Umat Melayu Muslim dalam MN, Ku Li masih terkial-kial mencari jati perjuangan yang sebenar.

Tidak hairan jika Ku Li sudah berkali-kali menjadi pelanduk yang masuk perangkap Tun.

Insya-Allah… Sinar suria permuafakatan ini akan lebih bersinar bila kedua-dua pihak dalam MN saling berteguh janji dan tidak berjoget mengikut paluan rebana PH dan para munafik yang berkeliaran di mana-mana.

  • Penulis ialah Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Edisi 9.

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan