24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Tun Mahathir dakwa bawa orang Melayu sokong DAP dalam PRU-14

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Walaupun kini hanya mengetuai sebuah parti kecil yang belum disahkan pendaftarannya dan tidak lagi mengetuai Pakatan Harapan (PH) namun Tun Dr.Mahathir Mohamad terus merasakan beliau masih lagi mempunyai kekuatan untuk membawa kemenangan kepada pakatan tersebut.

Dalam wawancara bersama China Press, bekas Perdana Menteri berusia 95 tahun itu mendakwa, PH tidak akan meraih sokongan orang Melayu pada pilihan raya akan datang sekiranya gabungan itu enggan bekerjasama dengan beliau.

Walaupun kemenangan PH dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) disebabkan oleh penolakan rakyat terhadap Kerajaan Barisan Nasional (BN) berikutan isu 1MDB dan GST, namun Dr.Mahathir mendakwa, penglibatannya ketika berada bersama PH ketika pilihan raya berkenaa telah membantu meningkatkan sokongan orang Melayu terhadap gabungan itu.

“Saya telah membantu pembangkang untuk menang (pada PRU14) kerana saya telah bawa sokongan orang Melayu. DAP yang tidak pernah memperolehi lebih dari 18 kerusi, mendapat 42 kerusi kerana sokongan orang Melayu yang saya bawa,” katanya seperti dilaporkan Malaysiakini.

Mengenai hubungan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, Ketua Pembangkang itu menolak untuk bekerjasama.

Advertisements

“Apa yang telah saya lakukan kepadanya? Saya telah membebaskannya (dari penjara) dan saya belum sampai masa untuk mengundurkan diri. Tapi saya undurkan diri lebih awal.

”Saya tidak menghalangnya, saya mahu bekerja dengannya, saya katakan kepadanya,’baiklah, jika kamu tidak suka saya, berilah saya enam bulan (lagi) kerana jika kamu tidak mempunyai sokongan orang Melayu, pembangkang tidak boleh menang,” katanya.

Dr.Mahathir terus mengulangi kenyataan beliau sebelum ini bahawa ramai penyokong tegas Anwar memintanya untuk tidak membiarkan Anwar mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

“Oleh itu, saya memutuskan, sekiranya (kita) tidak mahu Anwar mengambil alih, maka biar Dewan Rakyat tentukannya, tetapi lihat rekodnya, berapa kali dia mendakwa mendapat sokongan (majoriti)? Sebaliknya dia tidak mendapat sokongan,’’ katanya.

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan