JAKARTA – Penyanyi Indonesia, Gisella Anastasia (Gisel) dan lelaki dengan nama awalan MYD mengaku sebagai pelaku dalam video lucah selama 19 saat yang tular dalam kalangan masyarakat.
Malah ketika kejadian, bekas peserta Indonesian Idol musim ke lima itu masih berstatus isteri kepada pelakon, Gading Marten.
Portal Okezone.com melaporkan, kedua-dua individu itu kini ditetapkan sebagai suspek utama kes berkenaan.
Jurucakap Polis Metro Jaya, Yusri Yunus berkata, hasil siasatan mendapati, Gisel dan MYD mengaku membuat video itu pada 2017 di sebuah hotel di Kota Medan.
Oleh itu katanya, Gisel dan MYD akan didakwa mengikut Pasal 4 ayat 1 Jo Pasal 29 dan atau Pasal 8 jo Pasal Undang – Undang nomor No. 44 tahun 2008 tentang Pornografi
“Jika sabit kesalahan, Gisel dan MYD boleh dipenjara paling minimum enam bulan dan maksimum 12 tahun selain denda minimum Rp250 juta rupiah (RM71,867) atau maksimum Rp6 bilion (RM1.7 juta),” katanya hari ini.
Penularan video itu pernah menggemparkan netizen Indonesia yang percaya wanita itu adalah Gisel.
Berikutan tularnya video itu, Polis Metro Jaya menerima dua laporan polis berhubung video itu.
Dalam penularan video itu, Polis Metro Jaya turut menetapkan dua pentadbir media sosial sebagai suspek kerana menyebarkan secara meluas video itu dengan motif mendapat ramai pengikut.
Yusri sementara itu berkata, pengakuan Gisel itu sekali gus mengesahkan keputusan ujian forensik oleh ahli forensik dan pakar teknologi maklumat sebelum ini.
Gading Marten dan Gisella Anastasia berkahwin pada 2013 dan mereka dikurniakan seorang anak.
Pasangan itu bagaimanapun bercerai pada Jan 2019.