28.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 27, 2022

Buka sempadan, barulah ekonomi negara boleh pulih

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan perlu segera membuka pintu sempadan negara sekiranya mahu ekonomi kembali pulih dan berkembang seperti dahulu.

Timbalan Presiden UMNO itu menjelaskan, perancangan mesti dibuat ke arah itu kerana Malaysia merupakan antara negara paling global di dunia.

Beliau menegaskan, rakyat tidak boleh dibiarkan hidup terasing terlalu lama.

“Keadaan ini harus berakhir. Tiada pertumbuhan ekonomi, pemulihan yang nyata dan pelaburan asing dan domestik yang signifikan tanpa kestabilan politik dan kerajaan yang diyakini.

“Malaysia tahun 2020 telah hilang status quo dalam pelbagai sektor kehidupan, kesejahteraan sosial dan ekonomi.

“Kita mesti segera mengembalikan Malaysia ke persada pencapaian terdahulu dan menjadi lebih baik,” katanya dalam perutusan sempena Tahun Baharu 2021 dalam laman Facebook beliau hari ini.

Mohamad menambah, segala unjuran optimistik yang diumumkan mesti segera diterjemahkan dalam bentuk pemulihan dan pertumbuhan ekonomi yang nyata.

Baca juga:   Gelang pengawasan: PM tidak langgar arahan KKM

“Lakukan apa jua tindakan radikal bagi merancakkan kegiatan ekonomi kerana kesejahteraan rakyat sangat bergantung kepadanya,” jelasnya.

Setelah tahun ini banyak dibazirkan dengan politiking, beliau mengingatkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) agar mentadbir secara serius pada 2021.

Selain itu, Mohamad turut berharap agar kerajaan PN memberi keutamaan terhadap usaha memastikan setiap rakyat menerima vaksin COVID-19 tahun depan.

“Ia mesti disegerakan tanpa berlengah, kepada semua warga walau di pelusuk daerah geografi mana pun mereka berada.

Baca juga:   SPRM tahan 22 individu dalam operasi MITRA 2.0

“Ia akan menjadi cabaran perubatan dan logistik yang besar kepada kerajaan,” ujarnya.

Beliau memberitahu, kerajaan wajar mempertimbangkan prosedur proses kelulusan kecemasan untuk penggunaan vaksin COVID-19 seperti negara lain, tanpa kompromi kepada kepentingan kesihatan dan keselamatan umum.

“Proses kelulusan bersyarat yang ada adalah tidak selari dengan kepantasan kelulusan kecemasan global.

“Kita tidak pernah berpengalaman melakukan perkara sebegini tetapi degn teknologi, dedikasi dan semangat patriotik kepada Malaysia, insya-Allah kita boleh melakukanya.

“Ikhtiar vaksinasi nasional ini adalah ujian litmus kepada kewibawaan kerajaan,” katanya.

Sememangnya kata-kata Tok Mat itu ada kewajarannya dan diberi perhatian serius oleh kerajaan. – EDISI 9

Terkini

Video tular guru bantu pelajar beg usang sentuh hati netizen

SATU rakaman video tular memaparkan kasih seorang guru terhadap seorang pelajar membawa beg yang sudah usang ke sekolah sejak...

Lagi Artikel Berkaitan