26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

EAIC anjur pertandingan fotografi #MulakanDenganIntegriti

Mesti Baca

Mohd Naim Aziz
Mohd Naim Aziz
Jurufoto Sambilan Edisi 9

KUALA LUMPUR – Orang ramai dijemput menyertai Pertandingan Fotografi bertemakan Penguat Kuasa & Masyarakat: #MulakanDenganIntegriti anjuran Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).

Pertandingan yang berlangsung mulai 4 Disember lalu sehingga 24 Disember 2020 menyedia hadiah wang tunai untuk para pemenang termasuk untuk 30 hadiah saguhati.

EAIC dalam satu kenyataan berkata, sesuai dengan tema yang diberikan semua hasil foto perlu memaparkan amalan terbaik penguat kuasa yang membawa pengertian nilai-nilai khidmat dan tanggungjawab yang berintegriti daripada perspektif masyarakat.

Advertisements

“Pertandingan ini bagi memupuk kesedaran masyarakat dan penguat kuasa berhubung integriti serta keyakinan masyarakat terhadap mutu perkhidmatan agensi penguatkuasaan di negara ini,” kata kenyataan itu hari ini.

Poster pertandingan fotografi EAIC menawarkan hadiah wang tunai kepada para pemenang.

Mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman web www.eaic.gov.my atau menghubungi Sekretariat Pertandingan Fotografi Penguat Kuasa & Masyarakat #mulakandenganintegriti di talian 03-88805720 / 5721 / 5722 atau e-mel kepada [email protected].

Penyertaan adalah percuma. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Nazrin berkenan letak batu asas IPTTI, URCC UPSI

SULTAN Perak, Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Majlis Perletakan Batu Asas bagi Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (IPTTI)...

Lagi Artikel Berkaitan