28 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

KWSP bincang pemansuhan kriteria i-Sinar bersama Menteri Kewangan

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Cadangan pemansuhan semua syarat dan kriteria pengeluaran simpanan akaun 1 melalui Skim i-Sinar akan dibincangkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)  bersama Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Perkara itu didedahkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ketika menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KWSP, Tunku Alizakri Alias.

“Alhamdulillah saya sudah menghubungi CEO KWSP Tunku Alizakri Alias dan meminta beliau untuk mansuhkan sahaja semua syarat dan kriteria yang ditetapkan bagi mempermudahkan urusan rakyat khususnya para pencarum untuk mengeluarkan wang simpanan mereka melalui i-Sinar Akaun 1. 

“InsyaAllah, beliau respon dan jawab dengan baik dan positif untuk bawa isu ini dan akan berbincang lanjut dengan Menteri Kewangan (Tengku Zafrul) mengenainya. Doakan agar ada natijah yang positif untuk rakyat. InsyaAllah,” tulisnya dalam reaksi kepada hantaran Facebook yang dimuatnaik, hari ini.


Terdahulu, dalam statusnya, Asyraf Wajdi menegaskan, Pemuda UMNO akan terus istiqomah memperjuangkan isu pengeluaran akaun 1 KWSP bagi pihak rakyat walaupun dituduh dengan pelbagai tohmahan kerana diakhirnya rakyat yang mendapat manfaatnya. 

Menurutnya, ada juga suara sinis yang menuduh saya dan Pemuda UMNO sengaja bangkitkan isu i-Sinar KWSP untuk raih populariti bahkan ada juga yang dakwa untuk jatuhkan kerajaan. 

“Saya hanya boleh katakan kepada mereka, cubalah ambil masa baca semua komen-komen rakyat di ruang-ruang media sosial termasuk status-status di FB Page saya ini. Ini tidak termasuk ribuan mesej yang kami di Sekretariat Pemantau Isu KWSP-PEMUDA UMNO terima melalui dua talian hotline yang disediakan.

Advertisements

“Hakikatnya rakyat di bawah bukan sahaja di kalangan B40 tetapi juga M40 bahkan yang dahulunya berada dalam kategori T20 susah, gelisah bahkan cemas memikirkan soal-soal kelangsungan hidup mereka yang terjejas. Ini termasuk lebih 800,000 yang sudah hilang pekerjaan sejak Covid-19 melanda,” tulis beliau lagi.

Asyraf Wajdi kongsi, disebabkan itulah Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia secara konsisten dari awal mengangkat isu tersebut sebagai salah satu daripada perkara rakyat yang cemas dan tertekan mahukan.

Ujarnya, pelbagai usaha telah Pemuda UMNO lakukan termasuklah bersemuka dan menghantar Memorandum kepada Menteri Kewangan, Menteri Ekonomi selain daripada cuba mendapatkan temujanji bersama CEO KWSP sendiri walaupun dua kali dibatalkan temujanji.

“Kami juga membawa pandangan rakyat ini kepada Majlis Tertinggi UMNO, Dewan Tertinggi BN dan Ahli-Ahli Parlimen BN untuk diperjuangkan dalam Parlimen. Ini tidak termasuk melalui semua saluran Media, arus perdana, televisyen dan juga media sosial. 

“InsyaAllah, kami Pemuda UMNO akan terus istiqomah memperjuangkan isu ini bagi pihak rakyat walaupun dituduh dengan pelbagai tohmahan. Akhirnya yang penting rakyat yang mendapat manfaatnya. 

“Permudahkan Urusan Orang, nescaya Allah akan Mempermudahkan Urusan Kita” (Hadis),” katanya lagi.

Advertisements

Terkini

Tiga wanita antara terkorban nahas helikopter TLDM di Lumut

TIGA wanita yang menjadi penumpang helikopter HOM antara 10 yang terkorban dalam nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan