25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

BN, PN ibarat carik bulu ayam akhirnya bercantum jua

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan membayangkan kemelut politik antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mampu diselesaikan ibarat carik bulu ayam akhirnya bercantum jua.

Takiyuddin memberi gambaran itu semasa berkongsi gambar pertemuan beliau bersama Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa di Facebook miliknya.

Parti utama menaungi bangsa Melayu di Malaysia.

Menurutnya, semua agama dan ketamadunan menganjurkan konsultasi atau musyawarah.

“Tiada kusut yang tak boleh dirungkai. Carik bulu ayam akhirnya bercantum jua.

“Pemimpin adalah cerminan rakyatnya. Bersatulah BN/PN demi rakyat,” tulisnya hari ini.

Hubungan BN, PN dilihat goyah ibarat telur dihujung tanduk berikutan usul undi percaya yang dibawa UMNO di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hingga membawa kepada penyingkiran bekas menteri besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dari Bersatu, Jumaat lalu.

Advertisements

Usul tersebut menyaksikan 48 ADUN termasuk dari UMNO mengundi tidak menyokong usul tersebut sekali gus menyebabkan Ahmad Faizal hilang kepercayaan majoriti sebagai menteri besar.

Penyingkiran Ahmad Faizal mengakibatkan krisis pelantikan menteri Besar Perak yang baharu masih belum selesai sehingga sekarang.

Bagaimanapun, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, belum diyakinkan oleh mana-mana parti sudah memiliki majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu di Perak.

Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini, berkata sehingga isu terbabit diselesaikan, barulah istiadat angkat sumpah Menteri Besar yang baharu dapat dilaksanakan.

“Sehingga Tuanku diperkenankan, yakin sudah ada mana-mana pihak yang mempunyai majoriti mudah barulah istiadat angkat sumpah boleh dilaksanakan.

“(Setakat ini) Sultan Perak belum dapat diyakinkan oleh mana-mana pihak. Kita akan tunggu sampai mereka bersedia dengan meyakinkan Duli Yang Maha Mulia dan baginda berpuas hati sudah ada majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan,” katanya.

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan