24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Laporan palsu:SPRM buat laporan polis

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat laporan polis berhubung tohmahan seorang individu terhadap pegawai badan itu dengan mendakwa dia diugut dalam siasatan kes Macau Scam, baru-baru ini.

SPRM dalam satu kenyataan berkata,  pihaknya memandang serius dakwaan individu terbabit dan menggesa polis melakukan siasatan berhubung laporan palsu itu 

Menurut SPRM, individu berkenaan membuat laporan polis berhubung perkara itu selepas dua bulan dia dibebaskan daripada tahanan reman SPRM.

“Salinan laporan itu juga sudah tular oleh pihak tertentu sekali gus mencemarkan nama baik SPRM.

“Sehubungan itu, seorang pegawai SPRM membuat laporan polis hari ini bagi menafikan tohmahan individu tersebut,” kata SPRM hari ini.

Advertisements

SPRM dalam pada itu menggesa  polis untuk menjalankan siasatan berhubung laporan palsu itu.

“SPRM tidak akan melindungi mana-mana pihak sekiranya dakwaan itu benar dilakukan oleh pegawai SPRM.

“Namun sekiranya laporan itu palsu, maka individu berkenaan perlu dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Sebuah akhbar melaporkan seorang pengusaha vape mendakwa dia diugut seorang individu bergelar Datuk bersama pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes Macau Scam pada Oktober lalu.

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan