Wednesday, July 22, 2026

Hamzah dipecat daripada Bersatu berkuat kuasa serta-merta

Menurut notis pemecatan yang ditandatangani oleh Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Radzi Manan, pemecatan Hamzah atas kesalahan melanggar Fasal 9.1.4 perlembagaan parti.

Mesti Baca

TIMBALAN Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dipecat sebagai ahli berkuat kuasa serta-merta.

Pemecatan Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut itu dibuat oleh Lembaga Disiplin parti yang bersidang semalam.

Menurut notis pemecatan yang ditandatangani oleh Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Radzi Manan, pemecatan Hamzah atas kesalahan melanggar Fasal 9.1.4 perlembagaan parti.

“Adalah dimaklumkan bahawa Pihak Lembaga Disiplin telah bersidang pada 12 Februari 2026 dan telah memutuskan bahawa Dato’ Seri (Hamzah) dipecat hak-hak keahlian dalam parti di bawah Fasal 22.5 berkuatkuasa mulai tarikh surat ini dikeluarkan kerana tindakan

Dato’ Seri melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),” kata notis tersebut hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengesahkan pemecatan Hamzah telah dimaklum kepada Majlis Pimpinan Tertinggi parti.

Beliau berkata, Hamzah yang juga Ketua Pembangkang dipecat hak-hak keahlian dalam parti di bawah Fasal 22.5 berkuat kuasa hari ini. — Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan