26.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 16, 2021

Bersatu bekerjasama dengan UMNO bentuk kerajaan baharu di Perak

Mesti Baca


IPOH – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak akan terus bekerjasama dengan UMNO bagi membentuk kerajaan gabungan baharu di negeri itu.

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, Bersatu Perak di bawah pimpinannya sentiasa bersedia untuk tujuan itu.

“Kami bekerjasama dengan UMNO dan parti lain di peringkat Persekutuan dan banyak negeri lain. Bersatu akan berkhidmat untuk rakyat bersama mana-mana parti (termasuk UMNO) bagi tujuan itu (untuk membentuk kerajaan negeri baharu),” katanya yang dipetik Harian Metro, hari ini.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak mempunyai 59 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan memerlukan sokongan 30 ADUN bagi mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.

Sehingga kini, UMNO memiliki 25 kerusi, Bersatu (lima), Pas (tiga), DAP (16), Amanah (lima), PKR (tiga), Gerakan (satu) dan seorang wakil Bebas.

Menurut laporan sebuah portal, memetik kenyataan sumber yang rapat dengan Ahmad Faizal, gabungan Perikatan Nasional (PN) bersedia untuk bekerjasama dengan UMNO asalkan ADUN Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya dilantik sebagai Menteri Besar.

Menurut portal itu, sumber berkenaan dipetik sebagai berkata, PN Perak kecewa dan percaya bahawa Pengerusi UMNO negeri, Datuk Shaarani Mohamad adalah dalang di sebalik gerakan menyingkirkan Ahmad Faizal

Baca juga:   Boleh balik kampung sambut raya? Belum tentu lagi

Terdahulu, Shahrul Zaman mengumumkan bahawa UMNO Perak mencalonkan Shaarani sebagai calon Menteri Besar Perak ke-14.

Baca juga:   Maklumkan warga emas tinggal bersendirian kepada JKM

Beliau yang mengumumkan perkara itu di Facebook menggesa orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu dan membenarkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudrin Shah membuat keputusan.

Semalam, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak kemungkinan bahawa satu gabungan baharu akan diwujudkan bagi membentuk kerajaan negeri Perak.

Sementara itu, sumber Bersatu Perak berkata, tiada sebarang gabungan dibentuk oleh mereka setakat ini sebagai sokongan berterusan kepada PN.

Sumber yang dihubungi melalui WhatsApp berkata, mereka juga tidak menetapkan sebarang syarat termasuk mewajibkan Shahrul Zaman dilantik sebagai Menteri Besar.

Terkini

PPN bawa sinar terang di hujung terowong

PELAN Pemulihan Negara (PPN) yang dirancang kerajaan sejak Jun lalu ternyata telah berjaya membawa sinar yang terang di hujung...

Lagi Artikel Berkaitan