25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Seronok lihat poster palsu fitnahnya, Annuar Musa tidak simpan dendam

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau seronok melihat poster palsu yang dibuat oleh pihak tertentu untuk memfitnahnya telah keluar dari UMNO dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Kata Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu, beliau  tahu sumber kepada penyebaran poster berkenaan dan menyifatkan mereka sebagai golongan yang percaya fitnah boleh menjayakan mereka.

Annuar Musa

Namun tegas Annuar, beliau tidak percaya fitnah boleh membawa kepada kejayaan sebaliknya memilih untuk berkata benar dan berterus terang.

“Mungkin saya mudah di salah mengertikan. Tidak mengapa, kebenaran kadang kala memerlukan masa.

“Saya tidak gemar serang menyerang terutama sesama sendiri. Lagi pun saya tiada vandetta atau dendam pada sesiapa.Walaupun rasa sedikit terhina,tidak mengapalah,sudah adat kita berpolitik.

“Lagi pun mereka itu individu yang jauh lebih hebat dari saya yang di kira sudah “mati”.Saya percaya mereka jujur dan akan terus menghidupkan perjuangan parti.

“Saya kekal dgn cara saya InsyaAllah,” tulisnya dalam satu hantaran Facebook hari ini.

Pada hantaran itu, Annuar turut menyertakan gambar poster yang menunjukkan Naib Presiden Bersatu, Dr Radzi Jidin mengalu-alukan penyertaan ahli Parlimen Ketereh tersebut dalam parti berkenaan.

Advertisements

Katanya, beliau faham semua orang ikhlas mahukan UMNO berjaya, cuma cara mungkin berbeza dan beliau meraikan perbezaan itu kerana beliau tidak semestinya betul.

“Tapi hati saya kuat berkata bahawa UMNO mesti perkasakan politik taawun(kerjasama) dan taayush(ujud bersama).Rasulullah mengamalkannya.

“UMNO juga perlu menjuarai penyatuan ummah, perlu mempertahan kuasa yang berada di tangan kelompok teras orang melayu pribumi dan bumiputera serta pada masa yang sama mengekalkan kebijaksanaan Melayu untuk taayush (co exist) dalam masyarakat majmuk, sederhana,toleren dan memimpin ummah.

“Ini juga yang di amalkan di Daulah Islamiah yang pertama Madinatul Munawwarah oleh baginda Rasulullah SAW.

“Berunding sesama Islam itu wajib.Bermuafakat itu suatu kebijaksanaan,bukan kelemahan.

“Kita kini mengendong kuasa,selepas 22 bulan diuji dengan kejatuhan.Allah SWT selamatkan kita dengan cara yang tak terfikir pun oleh kita.Dengan hanya 39/222 kerusi,kita kembali di tampuk kuasa.Ia satu rahmat yg amat besar.

“Saya doakan agar kita tidak menjadi “yang dikejar,kejar tak dapat..yang di kendong jatuh berciciran”, jelas Annuar.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan