25.4 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

PKPB: Pengguna Lebuh Raya PLUS dibenar guna surau R&R

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) membenarkan pengguna lebuh raya itu menggunakan surau di kawasan rehat dan rawat (R&R), hentian sebelah dan plaza tol di semua lebuh raya kendalian syarikat konsesi itu sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

PLUS dalam satu kenyataan berkata, kebenaran itu selaras dengan keputusan Jabatan Agama Islam negeri yang melaksanakan PKPB.

Bagaimanapun, PLUS menasihatkan pengguna surau agar  terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP)  yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Selain itu, PLUS mengingatkan pengguna supaya mendaftar kehadiran mereka menerusi aplikasi MySejahtera atau menulis butiran diri secara manual bagi memudahkan urusan pengesanan kontak sekiranya diperlukan,” katanya, hari ini.

Kata kenyataan itu, pengguna surau pada masa sama diminta membawa kelengkapan menunaikan solat seperti telekung dan sejadah sendiri.

Ujarnya, ini bagi memastikan kebersihan diri terjaga kerana kelengkapan berkenaan tidak disediakan buat waktu ini.

“PLUS menyediakan penandaan bagi penjarakan fizikal pada setiap surau khasnya  ruang solat dan kawasan mengambil wuduk untuk memastikan jarak fizikal satu meter,” katanya.

Tambah kenyataan itu, PLUS  memastikan surau dan kemudahan awam lain sentiasa disanitasi secara berjadual. – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan