26.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 16, 2021

Pembangkang gagal halang peruntukan JPM di bawah Belanjawan 2021

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini meluluskan peruntukan sebanyak RM6.9 bilion untuk Jabatan Perdana Menteri (JPM) di bawah Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 di peringkat jawatankuasa.

Memetik Free Malaysia Today, Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun mengumumkan perkara itu selepas majoriti ahli Parlimen memberi sokongan menerusi undi belah bahagi.

“Tidak hadir 20, tidak bersetuju 95 dan bersetuju 105, usul disetujukan,” kata Azhar selepas undian belah bahagi peruntukan buat 5 kementerian di bawah JPM, iaitu Hal Ehwal Undang-undang, Ekonomi, Agama, Sabah dan Sarawak dan Tugas-tugas Khas.

Dua lagi kerusi Parlimen disandang Liew Vui Keong (Batu Sapi) dan Hasbullah Osman (Gerik) yang meninggal dunia, masih kosong.

Terdahulu, Azhar mahu undi suara dibuat memandangkan suara ahli Parlimen Perikatan Nasional lebih kuat.

Bagaimanapun, ahli Parlimen pembangkang menggesa undi belah bahagi diadakan, dengan lebih 15 ahli Parlimen berdiri untuk memberikan sokonga

Azhar kemudiannya memberi 10 minit untuk ahli Parlimen mengundi bagi RUU itu.

Ketika proses undian diadakan, ahli Parlimen pembangkang berdiri untuk membantah Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bahru) memasuki dewan ketika pengiraan undi.

Baca juga:   Remaja autisme masak untuk petugas 'frontliner' COVID-19

Ahli Parlimen akan meneruskan perbahasan peruntukan untuk kementerian lain.

Khamis lalu, Belanjawan 2021 yang berjumlah RM322 bilion diluluskan peringkat dasar dengan suara majoriti, selepas ahli Parlimen pembangkang dan bebas gagal mendapatkan 15 ahli Parlimen untuk menyokong undi belah bahagi.

Baca juga:   Malaysia kini memasuki gelombang ketiga Covid-19 - Noor Hisham

Terkini

Rakyat Malaysia dibenar tunai umrah mulai Isnin

RAKYAT Malaysia dibenar mengerjakan umrah berkuat kuasa Isnin ini selaras dengan pemansuhan MyTravelPass untuk ke luar negara, kata Datuk...

Lagi Artikel Berkaitan