32.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Lelaki tendang ibu gagal dapatkan wang beli gam

Mesti Baca


JAKARTA – Berang permintaannya untuk mendapatkan wang ditolak, seorang lelaki tergamak memukul dan menendang ibunya dalam satu kejadian dekat Palembang, baru-baru ini.

Klip kejadian itu kemudiannya tular di media sosial Instagram menunjukkan seorang anak sedang menganiaya ibu kandungnya sendiri.

TribunSumsel melaporkan, kejadian tersebut berlaku di Jalan H Faqih Usman, Lorong Perigi Darat, Kampung 2 Ulu, Mukim Seberang Ulu I Palembang.

Lem aibon jadi buruan penghisap gam.

Video tersebut menunjukkan seorang ibu hanya pasrah sambil menjerit meminta tolong kepada penduduk setempat setelah dianiaya anaknya sendiri di khalayak.

Berdasarkan maklumat, anak tersebut dikenali dengan nama awalan A manakala ibunya atas nama S adalah peniaga sayur di pasar 2 Ulu.

Ketua RT 15 Cek Oyah menjelaskan aksi penganiayaan tersebut terjadi antara ibu dan anak berpunca daripada anak tersebut meminta wang.
“Anaknya memukuli ibunya kerana meminta wang untuk membeli Lem Aibon (gam) dan itu sudah biasa kami lihat,” ujarnya, semalam.

Kata Cek Oyah, sebelum itu suspek kerap meminta wang daripada ibunya namun tidak pernah jadi pergaduhan besar.

Advertisements

“Kalau sampai ke tahap pukul itu baru kali ini terjadi. Saya juga tidak menyangka kalau aksi tersebut viral,” katanya.

Cek Oyah berkata, kedua-dua beranak itu bukan merupakan penduduk tempatan dan hanya peniaga sayur di pasar 2 Ulu.

“Rumahnya saya tidak tahu di mana dan mereka sering menggunakan laluan disini. 

“Pada saat kejadian anaknya ingin meminta wang, namun kerana ibunya tidak menunaikan kemahuannya insiden itu berlaku. Maklum sahaja penjual sayur untungnya tidak seberapa,” jelas Cek Oyah.

Sementara itu, jurucakap polis Palembang AKP Irene mengesahkan dalam video tersebut merupakan anak dan ibu kandung.

“Ya, video yang tular tersebut merupakan ibu dan anak kandung, sekarang anggota kita sedang mencari suspek untuk siasatan lebih lanjut,” katanya.

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri zahir rasa sedih tragedi nahas helikopter TLDM

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan rasa sedih atas tragedi nahas dua...

Lagi Artikel Berkaitan