24.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024

BSH: 210,000 rayuan lulus, disalur 23 November

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Seramai 210,000 daripada 250,000 pemohon yang membuat rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 lulus dalam permohonan mereka.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, pembayaran itu akan memanfaatkan 192,000 isirumah dan 18,000 penerima bujang  berusia 40 hingga 59 tahun.

Menurutnya, pembayaran itu membabitkan anggaran peruntukan sebanyak RM231 juta.

“Semakan status kelulusan permohonan rayuan boleh dibuat di portal BSH, https://bsh.hasil.gov.my mulai 16 November 2020. 

“Bagi rayuan yang diluluskan, pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan mulai 23 November 2020,” kata kenyataan itu hari ini.

Advertisements

Kata Kementerian Kewangan, rayuan BSH dibuka pada 7 Ogos sehingga 6 September lalu.

Jelasnya, lebih 250,000 permohonan rayuan diterima dan setiap daripadanya diverifikasi semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri dengan data terkini agensi-agensi berkaitan bagi menentukan kelayakan.

“Pembayaran BSH 2020 sebanyak RM231 juta kepada pemohon rayuan yang lulus menjadikan keseluruhan pembayaran BSH tahun ini sebanyak RM5 bilion,  melibatkan 4.5 juta penerima merangkumi 3.95 juta isi rumah dan 550,000 penerima bujang (40-59 tahun).

“Kerajaan sentiasa peka dan membantu dalam menjamin kelangsungan hidup rakyat.

“InsyaAllah, bantuan Kerajaan akan sentiasa diperhalusi dan pelaksanaan usaha ini akan ditambahbaik dari semasa ke semasa,” katanya.

Advertisements

Terkini

‘Bike Week’ Team Selangor bina semangat patriotisme

TEAM Selangor telah menganjurkan program ‘Bike Week’ dalam usaha membina semangat patriotisme sempena bulan Kemerdekaan 31 Ogos dan Hari...

Lagi Artikel Berkaitan