27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Tandas angkasawan RM95.7j dilancar ke angkasa

Mesti Baca

NEW YORK – Nasa akan melancarkan tandas sifar graviti baharu untuk diuji di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) sebelum ia digunakan semasa misi ke bulan pada masa akan datang.

BBC melaporkan, tandas bernilai AS$23 juta (RM95.7 juta) yang ‘menyedut’ sisa daripada badan kapal akan dihantar ke stesen itu menggunakan sebuah kapal kargo.

Menurut Nasa, ‘sistem sedutan’ direka bentuk untuk keselesaan angkasawan wanita tidak seperti model sebelum ini.

Roket membawa tandas itu ke ISS dilancarkan hari ini.

Roket yang membawa kapal kargo itu dijadualkan berlepas ke ISS dari Pulau Wallops, kelmarin.

Namun misi itu dibatalkan kurang tiga minit sebelum ia sepatutnya berlepas berikutan masalah teknikal.

Satu lagi pelancaran dijadualkan petang Jumaat jika jurutera dapat memperbaiki isu teknikal yang menjadi punca pelepasan kelmarin.

Kapal kargo itu membawa Sistem Pengurusan Pepejal Universal (UWMS), tandas angkasa titanium yang akan membantu angkasawan semasa misi angkasa lepas.

Tandas itu menggunakan sistem vakum untuk menyedut sisa daripada badan kapal dalam persekitaran sifar graviti.

Untuk privasi angkasawan, tandas itu akan diletakkan di dalam partisyen seperti tandas awam di Bumi.

Menurut Nasa, tandas itu menunjukkan penambahbaikan kemudahan semasa di ISS.

Tandas yang 65 peratus lebih kecil dan 40 peratus lebih ringan daripada kemudahan yang digunakan sebelum ini mempunyai berat 45 kilogram dan tinggi 71 sentimeter .

“Sebahagian besar daripada projek kami adalah untuk mengoptimumkan  penggunaan tandas bagi angkasawan wanita.

“Nasa menghabiskan masa yang lama dengan anggota kru dan membuat penilaian bagi meningkatkan penggunaan mangkuk tandas dan saluran kencing bagi memudahkan kru wanita,” kata Pengurus Projek Nasa, Melissa McKinley.

Penambahbaikan reka bentuk itu akan diuji di ISS sebelum dipasang pada kapsul Orion yang membawa angkasawan ke Bulan. – AGENSI

Terkini

‘Rebel’, filem aksi arahan pertama Awie

SELEPAS bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan dengan puluhan filem serta pelbagai watak yang pernah dilakonkan, akhirnya vokalis kumpulan Wings iaitu...

Lagi Artikel Berkaitan