26.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 18, 2021

Darurat mampu tenangkan politik negara, tumpu perangi Covid-19

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Kerajaan dijangka mengumumkan ‘darurat kesihatan’ dalam tempoh terdekat bagi lebih tumpuan kepada usaha menangani isu penularan wabak COVID-19 dalam komuniti di Malaysia sekarang ini.

Sumber memberitahu portal berita pnbbc.com, pelaksanaan ‘darurat kesihatan’ itu turut dibincangkan dalam Mesyuarat Khas Kabinet dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama anggota Kabinet di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, pagi tadi.

Sumber berkata, Perdana Menteri juga sudah mendapatkan pandangan daripada pihak berkenaan termasuk Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Pejabat Peguam Negara, dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung langkah terbaharu bakal diambil kerajaan itu.

Difahamkan, kerajaan terpaksa melaksanakan ‘darurat kesihatan’ berikutan terdapat kebimbangan mengenai peningkat kes COVID-19 terutama di Sabah, Selangor dan Kedah ketika ini, selain rayuan pengurusan tertinggi pasukan petugas barisan hadapan terutamanya KKM.

“Pelaksanaan darurat kesihatan ini penting bagi membolehkan kerajaan terutamanya MKN dan KKM memperketatkan lagi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 dalam masyarakat berdasarkan norma baharu.

“Bagaimanapun, orang ramai tidak perlu bimbang kerana ia bukan perintah berkurung dan mereka masih boleh keluar dari rumah untuk membeli barangan keperluan harian seperti biasa dengan syarat perlu mematuhi SOP ditetapkan kerajaan,” katanya ketika dihubungi portal berita berkenaan.

Baca juga:   Pertimbang ‘lockdown’ penuh jika kes tidak turun - Sultan Johor

Malah, spekulasi mengenai kemungkinan kerajaan akan mengumumkan darurat kesihatan bertambah kuat apabila Perdana Menteri petang ni menghadap Yang di-Pertuan Agong, di Kuantan bagi mendapatkan perkenan Seri Paduka berhubung perkara itu.

Baca juga:   Ini soal hidup rakyat bukan lagi pelaburan - Najib

Berhubung perkembangan yang sama, beberapa sumber memberitahu edisi9, tindakan darurat tersebut merupakan cara terbaik bukan sahaja bagi mengawal penukaran pandemik Covid-19 tetapi juga meredakan ketegangan dalam arena politik negara.

Satu sumber berkata, ketika ini usaha kerajaan boleh dianggap terganggu kerana terlalu banyak manuver atau gerakan politik berlaku sehingga mampu menjejaskan tumpuan bagi memerangi wabak berkenaan.

‘’Dalam keadaan Covid-19 tengah ‘mengganas’, rakyat tengah susah dan ekonomi tergugat, ahli-ahli politik tak habis-habis ‘bergaduh’sesama mereka sehinggakan rakyat tertanya-tanya apa yang akan berlaku pada sidang Parlimen November ini,’’ kata sumber tersebut.

Justeru kata sumber tersebut, darurat merupakan jalan terbaik untuk menenangkan keadaan supaya tumpuan penuh dapat diberikan kepada ancaman Covid-19 dan memulihkan keadaan negara.

Sementara itu portal Free Malaysia Today melaporkan, pegawai kanan di Putrajaya dikatakan mahu Putrajaya melaksanakan “darurat separa” di zon merah, termasuk di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Sumber yang dekat dengan rundingan itu berkata, mereka mahu aktiviti Parlimen, termasuk sidang Dewan Rakyat selama 27 hari mulai 2 Nov hingga 15 Dis ini digantung kerana bimbang “kluster Parlimen” berlaku.

“Ada 2 sebab pegawai kanan di Putrajaya mahu ‘darurat separa’, satu ialah mengurangkan sebarang penularan Covid-19 dan satu lagi bagi mengurangkan ketidakstabilan politik semasa,” katanya kepada FMT.

Baca juga:   PCOM nafi tandatangan sokong Darurat dilanjutkan

Tidak diketahui jika kerajaan menerima kebimbangan pegawai kanan itu. Setakat ini, Putrajaya belum membuat sebarang pengumuman rasmi.

Baca juga:   Boleh mengundi berseluar pendek, SPR akui salah faham

Portal The Malaysian Insight pula melaporkan perkataan ‘Darurat’ itu harus dipakejkan semula supaya tidak mencetuskan rasa panik dalam kalangan rakyat.

“Mereka tak panggil darurat, tetapi nama baru lain. Sesuatu yang berkaitan dengan Covid-19,’’ kata satu sumber.

Terkini

Harga ayam mahal, KPDNHEP sahkan tiada pembabitan kartel

CYBERJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengesahkan tiada pembabitan pihak kartel disebalik kenaikan harga...

Lagi Artikel Berkaitan