24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

520,000 kotak rokok ‘John’ tiruan dirampas

Mesti Baca

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merampas sebanyak 520,000 kotak rokok yang disyaki tiruan bernilai RM3.3 juta dalam satu serbuan dekat Pelabuhan Klang, semalam.

Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, bertindak atas maklumat risikan, seramai sembilan  orang pegawai penguatkuasa KPDNHEP Putrajaya bersama wakil pemilik cap dagang jenama John membuat pemeriksaan kontena yang terdapat di pelabuhan tersebut.

Menurutnya, hasil pemeriksaan pasukan serbuan menemukan sebuah kontena mengandungi 520,000 kotak rokok tiruan bernilai RM3,380,000 dan kesemua barangan itu dirampas untuk siasatan lanjut.

“Hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati rokok tiruan ini diimport dari luar negara oleh sebuah syarikat yang beroperasi di Petaling Jaya, Selangor yang disimpan sementara di Pelabuhan Klang.

“Pemeriksaan awal ke atas wakil pihak syarikat memberi alasan rokok tersebut adalah untuk tujuan dieksport semula ke luar negara, namun hasil pemeriksaan awal yang dilakukan terhadap ciri fizikal kotak rokok tersebut amat meragukan dan disyaki untuk pasaran tempatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iskandar Halim berkata, kes itu disiasat dibawah seksyen 5 Akta Perihal Dagangan 2011 iaitu  membekalkan atau mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalan baginya suatu perihal dagangan palsu digunakan. 

Advertisements

Jelasnya, sekiranya disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan penalti iaitu, didenda tidak melebihi RM250,00, jika orang itu suatu pertubuhan perbadanan.

Selain itu katanya, jika orang terbabit  bukan suatu pertubuhan perbadanan, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

“Bahagian Penguatkuasa memberi amaran kepada individu atau syarikat agar lebih bertanggungjawab dan menghormati harta intelek orang lain dan mana-mana individu mahupun syarikat  yang melanggar undang-undang, terutama membabitkan penjualan dan pengedaran barangan tiruan akan dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang yang dikuatkuasakan. 

“Kes ini juga akan disiasat dibawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001,” katanya.

Sementara itu, Iskandar Halim menambah, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyimpanan dan penjualan barang tiruan ini disarankan supaya melaporkan kegiatan ini melalui hotline 1-800-886-800, WhatsApp 019-2794317 atau 03- 8882 6088 di Enforcement Command Centre (ECC).

Selain itu, orang ramai juga boleh hadir sendiri kemana-mana pejabat KPDNHEP yang berhampiran supaya tindakan sewajarnya boleh diambil dengan lebih efektif. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan