32.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, March 26, 2023

Hishammuddin dilantik Bendahari Agung BN ganti Tengku Adnan

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dilantik sebagai Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) yang baharu.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan berkata, Hishammuddin yang juga Ahli Parlimen Sembrong menggantikan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang kekal menjalankan tugas-tugas selaku Bendahari UMNO.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat selepas mengadakan rundingan dengan Presiden-Presiden parti komponen BN.

“Suatu rombakan kecil dalam kepimpinan BN telah dilakukan dengan mengambil kira beberapa aspek untuk memperkukuhkan struktur organisasi BN, katanya.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada Tengku Adnan atas segala jasa dan peranan bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu semasa menjadi Bendahari BN serta berharap Hishammuddin akan menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik-baiknya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Arif Aiman dan Endrick alami kecederaan, terlepas aksi perlawanan Hong Kong

SKUAD Harimau Malaysia kehilangan dua tonggak utama Arif Aiman dan Endrick dos Santos akibat kecederaan menjelang aksi persahabatan antarabangsa...

Lagi Artikel Berkaitan