25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

10 penumpang KTMB berdepan detik cemas, dua gerabak tergelincir

Mesti Baca

JOHOR BAHRU – Sebanyak 10 penumpang sebuah kereta api Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berdepan detik cemas selepas tren itu tergelincir daripada landasan dalam satu kejadian berhampiran Stesen Genuang dekat Segamat, awal pagi ini.

Bagaimanapun, semua penumpang serta kakitangan tren selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 pagi itu.

Keretapi itu tergelincirsebelum tergelincir di kilometer 595 di Genuang dekat Segamat.foto KTMB

Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Ir Kamarulzaman Zainal berkata, tren itu dalam perjalanan dari Stesen Gemas ke Stesen Johor Bahru Sentral sebelum tergelincir di kilometer 595 di Genuang di sini.

Menurutnya, insiden hanya membabitkan dua gerabak penumpang dan lokomotif dan landasan utama masih boleh digunakan serta tidak menghalang perkhidmatan tren lain.

“Berikutan kejadian itu, berlaku sedikit kelewatan perkhidmatan di sektor selatan antara Gemas dan Johor Bahru.

“Ini kerana semua tren yang melalui kawasan kejadian telah diarahkan untuk memperlahankan kelajuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kamarulzaman memberitahu, KTMB turut memohon maaf kepada penumpang yang terbabit dalam kejadian itu.

Beliau menjelaskan, KTMB turut menyediakan pengangkutan alternatif bagi membolehkan semua penumpang dapat meneruskan perjalanan ke Stesen Johor Bahru Sentral.

“Kerja baik pulih sedang giat dijalankan di lokasi kejadian manakala siasatan terperinci juga telah dimulakan bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Siasatan akan membabitkan badan di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia termasuk Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD),” katanya.

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan