25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

RO menurun, Dr Noor Hisham bayangkan gelombang ketiga Covid-19 dapat dikawal

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah membayangkan gelombang ketiga Covid-19 di negara ini mungkin dapat dikawal dalam masa terdekat.

Berita dianggap melegakan itu disampaikan Dr Noor Hisham awal pagi ini menerusi hantaran di akaun Facebook rasmi miliknya di tengah-tengah laporan beliau mengalami kelesuan serta tekanan mental dan fizikal yang amat tinggi berikutan penularan Covid-19 yang tinggi sejak kebelakangan ini.

Menurutnya, kadar kebolehjangkitan atau R-Naught (RO) Covid-19 di Malaysia telah turun, iaitu pada permulaan gelombang ketiga 2.2 kepada 1.1.

“Bagaimanapun, kita perlu mempergiatkan lagi usaha kesihatan awam di lapangan. Berusaha dan bertawakkal. InsyaAllah,” tulis beliau awal pagi ini.

Semalam, Dr Noor Hisham mendedahkan, beliau turut mengalami kelesuan serta tekanan mental dan fizikal yang amat tinggi berikutan penularan Covid-19 di negara ini.

Beliau berkata, ini adalah kerana mereka di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berperang berterusan tanpa henti untuk 10 bulan tanpa cuti hingga setiap hari, perlu bermesyuarat dan melaksanakannya.

“Setiap lapisan warga kerja KKM membuat kerja dengan sebaik mungkin dan mungkin ada yang terkesan iaitu tekanan yang tinggi.

Advertisements

“Termasuk KP (Ketua Pengarah) Kesihatan juga (berdepan) tekanan yang amat tinggi,” katanya.

Dr Noor Hisham mengakui bahawa kelesuan itu turut menyebabkan beliau mengalami kesukaran untuk tidur.

“Kadang-kadang malam pun tidak boleh tidur kerana kami perlu fikirkan pelbagai aktiviti dan bagaimana kami boleh selesaikan masalah ini.

“Walaupun diberikan masa untuk berehat, kami tidak boleh berehat.

“Tengah malam pun bangun pada pukul 3 atau 4 pagi dan masih memikirkan bagaimana untuk menyelesaikan masalah ini,” ujarnya.

Bagaimanapun, beliau berkata rata-rata kakitangan KKM masih dapat bertahan dan kekal bersemangat untuk memastikan Covid-19 lenyap daripada bumi Malaysia ini.

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan