24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Sindiket Macau Scam tumpas di tangan polis Johor

Mesti Baca

JOHOR BAHRU – Polis Johor berjaya menumpaskan sindiket Macau Scam yang didalangi sekumpulan warga China dan rakyat tempatan dalam serbuan di Kluang, Johor, semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dalam kenyataan media mengesahkan tentang operasi khas yang dijalankan kira-kira pukul 10 pagi di sebuah hotel di bandar tersebut.

Serbuan ke atas skim pelaburan tukaran wang asing atau forex yang tidak wujud itu dilakukan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Johor.

Maklumat yang diterima polis menyatakan, sindiket tersebut telah beroperasi selama hampir dua bulan di Kluang.

Sebelum itu, mereka menjalankan kegiatan di Kuala Lumpur dan Johor Bahru dan beroperasi mulai pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Nampaknya, penipu pun bekerja ikut waktu pejabat juga seperti orang lain.

Sindiket Macau Scam berkenaan menyasarkan warga China di negara mereka sendiri.

“Pihak polis telah berjaya menahan seramai 43 suspek yang terdiri daripada 39 lelaki warga China, dua wanita warga China dan dua wanita rakyat tempatan.

“Kesemua suspek berumur di antara 18 hingga 40 tahun,” jelas Ayob.

Advertisements

Ramai juga yang berjaya ditahan oleh polis dalam operasi khas tersebut.

Jumlah peralatan yang digunakan oleh sindiket itu agak banyak di mana 35 komputer riba dan 593 telefon bimbit telah dirampas oleh pihak polis.

Secara purata, setiap anggota sindiket yang dicekup semalam mempunyai 13 telefon bimbit.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c).

Polis Johor akan terus mengesan dalang-dalang dan saki-baki sindiket Macau Scam yang masih bebas dan beroperasi.

Selain itu, pemantauan dan pemeriksaan berterusan akan dilakukan ke atas premis-premis yang disyaki menjalankan kegiatan berkenaan.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak bersekongkol dengan mana-mana individu yang menjalankan aktiviti jenayah,” kata Ayob.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan Macau Scam boleh menghubungi Bilik Gerakan Kontinjen Johor di talian 07-2254074.

Kita juga perlu berhati-hati supaya tidak terpedaya dengan sindiket penipuan yang boleh menyebabkan mangsa mengalami kerugian wang. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan