32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Senior belasah junior sebab berang tak dapat makan ayam

Mesti Baca

KOTA BHARU – Seorang pelajar tingkatan satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Kemahang 1 di Tanah Merah, Kelantan dibelasah oleh tiga seniornya semata-mata kerana dia bergurau hendak belanja mereka ayam goreng KFC.

Insiden remaja lelaki berusia 13 tahun itu disiku, dipijak dan disepak sehingga jatuh tergolek dapat dilihat melalui rakaman video yang tular dalam media sosial termasuk Facebook semalam.

Walaupun mangsa kelihatan dalam kesakitan, dua pelajar senior terbabit seolah-olah tidak mempunyai perasaan belas kasihan dan berterusan melanyak mangsa di dalam asrama sekolah terbabit.

Netizen yang menonton video berkenaan meluahkan perasaan marah serta mahu pelajar-pelajar senior yang membuli mangsa dikenakan tindakan yang tegas.

Memang jenis tak boleh dibawa bergurau agaknya budak ni.

Berikutan kejadian itu, mangsa telah membuat laporan polis terhadap pelajar-pelajar senior yang memukulnya.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat dalam kenyataan media yang disiarkan melalui laman Facebook Polis Kontinjen Kelantan.

Tiga suspek berusia 17 tahun yang didakwa terlibat dalam kejadian buli itu telah ditahan oleh polis.

“Berdasarkan keterangan awal daripada mangsa, ketiga-ketiga mangsa memukul mangsa kerana berang mangsa dikatakan cuba mempermainkan ketiga-tiga suspek dengan gurauan hendak belanja KFC,” katanya.

Menurut Shafien, tangkapan dibuat selepas polis mengenal pasti semua suspek terbabit.

“Ketiga-tiga suspek telah dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan,” jelas beliau.

Walau bagaimanapun, tahap kecederaan yang dialami mangsa buli berkenaan tidak diketahui.

Persoalan juga timbul tentang individu yang merakamkan kejadian tersebut dan menularkan video dalam media sosial.

Ternyata tindakan itu membantu pihak berkuasa mendapatkan bukti yang boleh digunakan untuk mendakwa semua suspek yang terlibat.

Tanpa mengira apa alasan yang diberikan oleh suspek-suspek, mereka tidak sepatutnya membuli mangsa kerana bergurau hendak belanja ayam goreng KFC.

Kalau marah sekali pun, tidak perlulah sehingga tahap membelasah mangsa dengan begitu teruk sehingga jatuh tergolek.

Diharap insiden buli tidak akan berulang lagi di mana-mana asrama sekolah di Malaysia selepas ini. – EDISI 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan