30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Anugerah Gol Terbaik Sedekad Liga Juara-juara AFC milik Safawi

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Sepakan lencong penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid dinobat sebagai Gol Terbaik Sedekad Liga Juara-jura Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Jaringan yang dibuat pemain yang bakal beraksi dengan kelab Portugal, Portimonense SC itu dilakukan ketika JDT menentang kelab China, Shandong Luneng tahun lalu.

Menerusi sepakan kaki kiri dari luar kotak penalti di sebelah kiri pintu gol sebelum menerjah jaring di sebelah kanan gawang, Safawi berjaya memperoleh 34 peratus undian daripada 19,933 jumlah undian keseluruhan.

SAFAWI RASID – Foto AFC

Sepakan gol anak kelahiran Dungun, Terengganu itu menjadi pilihan tertinggi peminat bola sepak di Asia berbanding sembilan jaringan pemain lain menerusi undian yang dibuat menerusi laman web AFC.

AFC membuka undian kepada peminat bola sepak Asia selama tiga minggu untuk meraikan jaringan terbaik dalam saingan Liga Juara-Juara AFC sejak 10 tahun lepas.

“Ratusan ribu peminat bola sepak membuat undian daripada senarai 20 finalis separuh akhir dan dengan Liga Juara-Juara AFC disambung semula pada Isnin, kami pasti lebih banyak jaringan gol hebat daripada pesaing kelab utama Asia,” menurut AFC.

Pemain itu turut memenangi undian gol Lencongan Terbaik Liga Juara-Juara AFC 2019 hasil ledakan kaki kirinya itu. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan