32.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 3, 2023

Saya tidak letak jawatan – Tun M

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad (Bebas-Langkawi) sebagai perdana menteri dan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) kembali hangat diperkatakan di Parlimen.

Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik) semasa membahaskan usul Rang Undang-undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan 2020) berkata, Perikatan Nasional (PN) bukan punca kejatuhan kerajaan PH.

Memetik Harian Metro, bekas perdana menteri itu kemudiannya mencelah perbahasan Hasbullah.

“Saya tidak letak jawatan. Ahli (Parlimen) daripada kerajaan mungkin tidak faham Perlembagaan kita.

“Apabila parti Bersatu keluar dari PH, maka PH pun jatuh tak jadi kerajaan lagi,” kata bekas perdana menteri itu, hari ini.

Dr Mahathir memberitahu, beliau tidak boleh lagi menyandang jawatan perdana menteri apabila PH sudah tidak lagi menjadi kerajaan.

“Jadi macam mana saya nak letak jawatan lagi, saya dah tak ada jawatan (ketika itu). Ini saya fikir payah nak difaham, diulang perkara ini berkali-kali macam tak boleh dengar ke tak tahulah.

“Tetapi sebenarnya tak ada peletakan jawatan. Saya cuma memberitahu kepada Yang di-Pertuan Agong keadaannya iaitu saya letak jawatan.

“Ini bukan bermakna saya buat keputusan sendiri nak letak jawatan. Apabila parti saya keluar dari PH, PH tak jadi kerajaan lagi dan semua ahli PH tentulah tergugur kerana tindakan itu,” katanya.

Baca juga:   Keadilan tertangguh, ada penjenayah meninggal dunia - Tun M

Sebelum itu, Hasbullah dalam perbahasan berkata, adalah tidak munasabah pihak pembangkang menuduh mereka menjatuhkan kerajaan kerana Perdana Menteri ketika itu (Dr Mahathir) yang meletak jawatan.

Baca juga:   JPJ Johor laksana taktik penyamaran musim perayaan

Pada 24 Februari, Dr Mahathir mengesahkan telah meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, selain mengumumkan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Parti Bersatu Pribumi (Bersatu).

Surat peletakan jawatan beliau telah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kira-kira pukul 1.20 tengah hari Isnin.

Ketua Penerangan Bersatu, Dr Mohd Radzi Md Jidin sebelum ini berkata, pada 24 Februari lalu , Dr Mahathir mengumumkan peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi parti dengan alasan beliau tidak lagi mendapat sokongan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).

Sehubungan itu, katanya, menurut Fasal 16.9 Perlembagaan Bersatu, apabila Pengerusi berhenti maka Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin memangku jawatan Pengerusi.

“Sebagai Presiden dan pemangku Pengerusi Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari yang sama telah membuat pengumuman Bersatu keluar dari PH sebagaimana yang diputuskan oleh MPT Bersatu dalam mesyuarat sehari sebelumnya,” katanya.

Wartawan

Terkini

Liga Super: Terengganu mudah jinakkan Perak

TERENGGANU seperti dijangka tidak berdepan masalah untuk menundukkan Perak 3-0 dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Perak,...

Lagi Artikel Berkaitan