26.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, March 25, 2023

Perjuangan belum selesai Dr Mahathir: Apa kata Najib?

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk ‘bangsa dan negara’ sebenarnya belum selesai walaupun sudah dua kali menjadi Perdana Menteri.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, oleh sebab itulah Dr Mahathir masih berusaha untuk menubuhkan sebuah lagi parti Melayu-Islam yang baharu.

Beliau berkata, ini bukanlah parti baharu pertama yang ditubuhkan Ahli Parlimen Langkawi itu, sebaliknya sudah tiga parti Melayu-Islam yang diasaskan oleh Dr Mahathir.

“Kali pertama dia tubuh parti Melayu-Islam baharu (UMNO 2.0), dia jadi Presiden dan Perdana Menteri.

“Kali kedua dia tubuh parti Melayu-Islam baharu (PPBM – Bersatu), dia jadi Pengerusi dan Perdana Mentaru manakala anak dia jadi Timbalan Presiden dan Menteri Besar Kedah.

“Kali ketiga, dia tubuh parti Melayu-Islam baharu (Parti Anak-Anak Daddy), dia bakal jadi pengerusi manakala anak dia jadi Presiden dan calon Timbalan Perdana Menteri,” sinis Najib dalam Facebook beliau hari ini.

Baca juga:   Najib bidas pelaksanaan kategori 2 i-Sinar KWSP

Beliau mengulas keputusan Dr Mahathir untuk menubuhkan sebuah parti baharu bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Dr Mahathir ketika mengumumkan perkara itu semalam berkata, parti baharu yang belum diumumkan namanya itu tidak akan menyertai mana-mana blok politik baik Perikatan Nasional (PN) ataupun Pakatan Harapan (PH).

Pada masa yang sama, beliau mengesahkan anaknya, Mukhriz akan menjadi presiden bagi parti yang dikhabarkan diberi nama Parti Bersatu Rakyat Malaysia, manakala beliau sendiri sebagai pengerusi.

Baca juga:   KPM bincang tetap kadar baharu RMT di sekolah - Radzi

Najib yang juga bekas Presiden UMNO berkata, setelah 22 tahun sebagai Perdana Menteri Keempat dan 22 bulan sebagai Perdana Menteri Ketujuh, Dr Mahathir telah berjaya ‘menaikkan seorang Melayu-Islam’ menjadi orang kesembilan terkaya di Malaysia.

“Setelah 22 tahun + 22 bulan dia berjuang demi bangsa dan agama, dia berjaya naikkan seorang Melayu-Islam (yang kebetulannya anak dia) jadi orang ke-9 terkaya (dan juga orang Melayu-Islam kedua terkaya) dalam Malaysia.

“Dan seorang lagi Melayu-Islam (yang kebetulannya juga satu lagi anak dia) jadi Presiden parti dan calon Timbalan Perdana Menteri,” bidas Najib sambil meninggalkan tanda palang ‘perjuanganbelumselesai’. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Dua gol Mbappe bantu Perancis ratah Belanda

KAPTEN baharu Perancis, Kylian Mbappe meledak dua gol bagi membantu negaranya membelasah Belanda 4-0 dalam aksi kelayakan Euro 2024...

Lagi Artikel Berkaitan