24.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

PBT, berpada-padalah buat operasi ke atas peniaga tempatan

Mesti Baca

SEJAK video pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid atau Asri Janggut yang mendakwa wujud beberapa premis judi serta gerai peniaga asing menjual rokok seludup di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh tular, boleh dikatakan hampir setiap hari pihak berkuasa tempatan (PBT) itu mengadakan operasi di kawasan berkenaan.

Tindakan tegas MBSA mengadakan operasi bagi menangani masalah peniaga yang melanggar peraturan dan berniaga tanpa lesen itu bagaimanapun dilihat dibuat terlalu drastik sehingga mendatangkan tempias kepada peniaga kecil.

Kebanyakan peniaga yang merupakan penduduk tempatan sudah berniaga lebih 20 tahun di situ dan bergantung hidup kepada perniagaan kecil-kecilan dalam usaha mereka membina semula ekonomi yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) empat bulan lalu.

Namun operasi pematuhan MBSA itu dianggap peniaga keterlaluan apabila PBT tersebut merobohkan kedai sekali gus mengakibatkan mereka kehilangan punca pendapatan selepas baru sebulan memulakan perniagaan.

Difahamkan, hampir 90 peratus peniaga di Bandar Baru Sungai Buloh disaman walaupun peniaga mendakwa kesalahan dikenakan kompaun itu kecil seperti membuat penambahan pada premis mereka.

Adakah membuat aduan mengenai ketidakcekapan PBT seperti mana dilakukan Asri Janggut menjadi satu ‘kesalahan’ bagi pihak berkuasa?

MBSA tidak salah melaksanakan tanggungjawab mereka namun berpada-padalah dalam menguatkuasakannya sehingga menjejaskan mata pencarian peniaga tempatan.

Advertisements
TULAR imej menunjukkan pemandangan di Bandar baru Sungai Buloh sebelum dan selepas tindakan penguatkuasaan MBSA. – Foto FB

Adakah tiada budi bicara ataupun tolak ansur lagi dalam prosedur operasi standard (SOP) PBT khasnya di Selangor terhadap peniaga tempatan?

Apa yang dimahukan rakyat adalah tiada lagi kedai judi dan kedai milik warga asing berleluasa yang dilihat memberi kesan kepada masyarakat.

Biarkanlah peniaga kecil ini melakukan perniagaan mereka kerana secara tidak langsung, ia membantu merancakkan dan menjana ekonomi negara.

Jika timbul isu lesen, bimbing dan permudahkanlah urusan mereka untuk berniaga secara sah tanpa perlu diganggu penguatkuasaan PBT.

PBT di Selangor wajar menjadikan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai contoh kerana memudahkan urusan birokrasi dalam pemilikan lesen perniagaan.

Tidak rugi jika kerajaan negeri dan PBT di Selangor mengambil berat permasalahan rakyat terutama dalam membantu mereka menjana pendapatan yang akhirnya akan menyumbang kepada ekonomi kerajaan itu sendiri.

Pada masa sama, kasihanilah peniaga kecil ini khasnya Bumiputera dan jangan biarkan mereka seperti merempat di negara sendiri.

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan