32.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Makcik gelang pink dipenjara sehari, denda RM8,000

Mesti Baca

IPOH – Seorang wanita warga emas yang diberikan gelaran ‘makcik gelang pink’ dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana tertuduh tidak mematuhi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) dengan makan di sebuah kafe bulan lalu.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Majistret, Nabihah Mohd Noor terhadap Nur Emah Mohamad Hashim, 72, selepas dia mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di sebuah restoran, di Lengkok Meru Permai 1, Halaman Meru Permai, kira-kira 8 pagi 6 Julai lalu.

Majistret turut memerintahkan wanita yang hadir ke mahkamah berjubah hitam itu menjalani hukuman penjara 6 bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Nur Emah dituduh tidak mematuhi HSO di bawah Subseksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 yang diarahkan pegawai diberi kuasa, Syarifudin Abu Bakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Selangor, pada 5.30 petang 4 Julai lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Sub Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Berjangkit 1987 dan boleh dihukum di bawah Sub Seksyen 24(a) akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 2 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Memetik Bernama, pendakwaan dikendalikan oleh Ketua Pegawai Kesihatan Persekitaran Jabatan Kesihatan Perak, Ahmad Fakurazi Abu Bakar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Fakurazi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kepada tertuduh dengan mengambil kira kesalahan dilakukannya.

Emah yang merupakan ibu tunggal, dengan nada sebak sambil mengalirkan air mata memohon hukuman ringan kerana ia adalah kesalahan pertamanya dan mempunyai masalah kesihatan.

Mengikut fakta kes, pada 21 Julai lalu, JKN Perak menerima aduan mengenai gambar seorang wanita memakai gelang kuarantin di rumah tidak berada di alamat diperintahkan, sebaliknya dia didapati keluar makan di restoren Hanaz Cafe di Meru Raya.

Susulan itu, siasatan dijalankan pegawai diberi kuasa dari Pejabat Kesihatan Daerah Kinta dan mendapati wanita itu ialah orang kena perintah pengawasan serta pemerintahan mengikut Seksyen 15 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, bermula 4 hingga 18 Julai lalu.

Tertuduh berada di restoran itu pada 6 Julai lalu, walaupun diperintahkan menjalani kuarantin rumah selepas pulang dari United Kingdom pada 4 Julai lalu bagi membendung penularan Covid-19.

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan